Thursday, September 25, 2003

Pelajar jadi hackers utk seks

Satu berita di dalam In. Tech ( STAR ) mengenai seorang pelajar U di Michigan menjadi hackers telah menarik perhatian saya.

Pelajar ini ( berasal dari China ) didakwa telah menceroboh ke sistem komputer universiti tersebut utk menyalahguna lebih 60 akaun email pelajar dan profesor dan juga mendapatkan salinan peperiksaan akhir.

Walaupun ini bukan cerita baru ttp ada satu perkara yg menjadikan ianya lain. Pelajar ini telah memasuki sistem email seorang profesor utk hantar satu email kpd seorang pelajar bagi memaklumkan bahwa pelajar tersebut telah gagal di dalam peperiksaan. Tujuannya, dia mengharapkan pelajar yg gagal ini sudi utk menjadikannya sebagai tutor. Dan sebagai balasan ialah habuan seks.

Saya rasa pelajar ini mengharapkan habuan seks sebagai upah krn dia mungkin terpengaruh dengan siri TV atau wayang masyarakat Barat yg sering menunjukkan bagaimana mudahnya seorang lelaki dan wanita utk bersama di atas katil walau baru kenal beberapa minit.

Macam-macam!

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.