Friday, September 26, 2003

kesan serangan virus/worm sobig.f

Pada 24/9/2003 yg lepas saya berkesempatan menghadiri satu seminar bertajuk Cybersecurity 2003 di hotel Nikko KL. Sambutan agak hebat dgn kehadiran lebih 500 peserta. Oleh kerana ianya dianjurkan oleh syarikat swasta dan percuma ( ada door gift, jamuan ringan dan makan tengahari ), saya dapat rasakan ia akan dipenuhi dengan 'product demonstration' atau kertas kerja yg mengesyorkan produk tertentu. jadinya saya hanya duduk utk satu sesi sahaja dan lepas itu terus balik. Kebetulan pejabat saya adalah berhampiran.

sesi tersebut disampaikan oleh Pengarah NISER - Lt Col Husin Jazri . ( www.niser.org.my ). Ia berkisah kpd keadaan keselematan internet di Malaysia. Banyak bahan dari kertas kerjanya boleh didapati dari laman web NISER. Perkara yg paling menarik perhatian saya ialah mengenai virus Sobig.F . Kata beliau, Malaysia kerugian lebih dari RM37 juta angkaranya. Ini tidak termasuk kos opportuniti ( kos yg terhasil krn kehilangan peluang niaga ) dan kos produktiviti ( kos yg terhasil akibat kerja harian yg terganggu ).

saya sendiri mengalami masalah dari sobig.f. Jumlah email yang saya dapat yang berpunca dari virus ini ialah 13,000 dalam masa 2 minggu. Mailbox saya di Jaring tiap-tiap hari penuh dgn email-email ini. apa yang boleh saya katakan ialah - virus ini memang jahat. Mengapa ? lihatlah senarai berikut:
- menyebabkan mailbox penuh dan seterusnya menghalang kemasukan email baru
- membazirkan masa sambungan ke internet semata-semata utk download email tak berguna ini ke PC. dan juga duit krn setiap minit kosnya adalah 2.5 sen.
- ia menyamar sebagai saya utk menghantar email kpd orang lain walaupun PC saya tidak dijangkiti
- menyebabkan saya terpaksa menjawab berbelas-belas persoalan yyg mennuduh saya menyebarkan virus
- 'mengguris' sedikit kredibaliti saya sebagai 'pakar IT' ;-) krn kononnya menyebarkan virus
- mennyebabkan saya dituduh tidak peka kpd dunia IT krn kononnya tak pasang/kemaskini anti virus di PC
- terpaksa beri khidmat nasihat percuma kpd kawan-kawan. bukan 1,2 atau 3 tapi banyaklah...
- dan itu belum masuk lagi apa yg berlaku di pejabat dgn karenah boss dan rakan sekerja yg turut terkena limpahan kesan virus ini.

kesimpulannya, virus ini memang 'jahat' dan sangat menyusahkan.( tapi mana ada virus yg baik dan menyenangkan ).

Saranan saya adalah spt berikut ( turut saya masukkan ke forum di www.ittutor.net )

sobig-f ialah virus/worm yg akan menghantar email mengandungi virus/worm dari pc yg dah terkena kpd mana-mana email address yg dia jumpa dalam pc org tersebut.jadi, lagi banyak email address yg ada dalam outlook, lagi membiaklah virus/worm ini.

virus spt sobig-f boleh diminimakan kesannya jika anda mengambil tindakan spt di bawah :
- jgn simpan apa-apa email addrress dalam address book. salinkan email address yg anda ada ke file lain
- apabila hantar email, pastikan satu address shj pada ruangan TO. kalau nak hantar banyak email, ulang satu email satu penerima
- pastikan anda tidak sebarkan email yg berupa 'hoax'. boleh check di google apa itu hoax.

intipati dari tindakan di atas ialah - jangan sebarkan email address sebarangan. lagi sikit email anda diketahui org, lagi kecil kemungkinan uttk anda dapat email virus/worm

juga, sila baca blog saya yang bertajuk Email dipenuhi dengan Hoax dan Ada anti-virus tapi masih kena.

No comments: