Thursday, September 25, 2003

Email dipenuhi dengan Hoax

Menurut kamus webster 'hoax' bermaksud 'to trick into believing or accepting as genuine something false and often preposterous'. Di dalam Bahasa Melayu - 'olokan; mengolokkan; tipu; menipu; memperdaya' ( menurut http://www.istilah.fs.utm.my ).

Sejak minggu lepas, saya mendapat 5 email yg merupakan hoax. Ianya berkenaan hoax 'WTC Survivor' di mana kandungan email menyuruh saya jangan membuka sebarang email yg mempunyai tajuk sedemikian.

Kebiasaannya saya akan balas balik dgn ucap terima kasih kpd penghantar tersebut krn niatnya baik dan beritahu apa yg dihantarnya ialah hoax.

Saya berharap setiap pengguna email lebih berhati-hati dgn apa yg mereka terima atau hantar. Jika yg dihantar ialah hoax, ianya merupakan pembaziran bandwith, masa, tenaga , space dan rasa gelabah atau panik yg dihasilkan dari hoax tersebut. Dan satu lagi yg utama ialah, email address pengguna lain juga akan turut tersebar. Ini akan membuka lebih ruang utk seseorang menerima 'spam'.

Saya suka menasihatkan setiap pengguna email utk semak sebarang amaran yg diterima menggunakan Google atau sebarang 'search engine'. Cuba masukkan 'WTC Survivor' di Google, pastinya anda akan jumpa perkataaan hoax.

Dan kadangkala anda perlu berfikir dgn rasional mengenai kandungan email yg diterima. Saya pernah terima satu email yg menyuruh saya menyebarkan email tersebut krn jika saya berbuat demikian saya akan membantu seorang pesakit kanser mendapatkan bantuan kewangan dari AOL. Setiap email yg saya hantar akan di'kira' oleh AOL dimana satu email bersamaan dgn 30 sen. Jika fikir betul-betul, kita sudah dapat pastikan bahawa email ini ialah hoax. bagaimana AOL boleh mengesan email berkenaan dan kepada siapa ianya dihantar. Tiada lagi teknologi yg boleh berbuat demikian. Jika ada, maknanya semua email adalah tidak selamat krn ada pihak lain yg boleh 'trace'.

Saya 'blog'kan mengenai hoax ini sebab saya dah banyak sangat terima email yg karut marut. Setiap hari saya mendapat hampir 30 email spam. Bayangkanlah bagaimana tidak produktifnya utk melayan email sedemikian.

Sebagai kesimpulan, sila fikir dgn rasional apa yg anda hantar. Gunakan search engine utk periksa samada email tersebut hoax atau tidak.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.