Ada anti-virus tapi masih kena
Sejak dua hari lepas saya merima beberapa panggilan dari rakan-rakan bertanya ttg virus. Mereka tidak faham kenapa PC mereka masih diserang virus walaupun perisian virus sudah dipasang. Saya tanya mereka satu soalan - adakah perisian anti-virus tersebut dikemaskini ?
Jawapan adalah sama iaitu - tidak. nampaknya masih ramai yg tidak faham bagaimana perisian anti-virus berfungsi. mereka hanya pasang dan lupa.
Satu perkara yg perlu difahami ialah anti-virus ibarat ubat kpd satu penyakit. kalau diberi ubat yg salah, penyakit tak akan sembuh. dan utk membuat ubat, pengkaji mestilah membuat penyelidikan terhadap penyakit tersebut. bila dah betul-betul faham, barulah ubat yg sesuai boleh dibuat.
begitu jugalah dgn anti-virus dan virus. Anti virus boleh dihasilkan setelah diketahui profail virus tersebut. dan bilangan virus adalah tidak statik. setiap hari atau bulan, pasti akan ada virus baru. para pengeluar akan mengkaji virus baru ini dan kemudian menghasilkan anti-virusnya. jadinya, sebagai pengguna, anti-virus harus dikemaskini ( update ) supaya PC anda mempunyai perlindungan terkini.
hampir semua perisian anti-virus sekarang mempunyai fungsi kemaskini secara automatik. apabila PC anda disambungkan ke internet, anti-virus ini akan pergi ke laman web pengeluarnya utk periksa samada ia perluu dikemaskini atau tidak. ttp ini akan berlaku jika perisian anti-virus tersebut adalah yg masih di dalam tempoh penyelenggaraan. kebiasaannya tempoh penyelenggaraan utk satu perisian anti-virus yg baru dibeli adalah satu tahun. selepas itu pengguna harus membayar kos penyelenggaraan secara tahunan bagi memastikan perisan tersebut dapat dikemaskinikan.
selepas habis tempoh penyelenggaraan memang ia masih boleh diguna ttp kemaskini tidak dapat dibuat. di sinilah ramai yg masih keliru dgn konsep ini.
walaupun begitu, jika perisian anti-virus anda sentiasa dikemaskini ttp masih kena virus, ada 2 kemungkinan. pertamanya, virus tersebut masih baru di mana pengeluar anti-virus masih belum sempat mengkajinya. dann kedua, kelemahan perisian anti-virus tersebut yg tidak mampu mengenal pasti viruus dgn tepat. malangnya, tidak ada penyelesaian utk kemungkinan pertama krn konsep anti-virus memang begitu. tidak ada pengeluar yg boleh beri 100% jaminan bahawa produk mereka mampu menepis setiap virus yg wujud. penyelesaian utk kemungkinan kedua pula adalah amat mudah - tukar sahaja anti-virus yg lain.
kesimpulan yg boleh dibuat ialah:
- pastikan anda menggunakan perisian anti-virus yg original krn yg tak original tidak ada fungsi utk kemaskini
- pastikan kemaskini sentiasa dibuat. tidak ada ruginya utk lebih berwaspada
- sebelum beli anti-virus, kaji dulu latar belakangnya supaya anda mendapat yg terbaik
- mungkin anda boleh beralih kpd linux kr virus majoritinya hanya menyerang PC yg menggunakan windows.
1 comment:
Post a Comment