Thursday, September 25, 2003

Ceroboh hakcipta : saman dan menang besar!

Satu berita dari internet hari ini melaporkan mengenai kejayaan seorang pencipta teknologi - Eolas dan Universiti California, AS menyaman Microsoft krn penggunaan satu ciptaannya di dalam perisian Internet Explorer.

Wang yg perlu dibayar oleh Microsoft ialah US520.6 juta. Jumlah yg diminta oleh Eolas pada awalnya ialah US1.2 billion.

Teknologi terbabit ialah mengenai fungsi di dalam web browser yg membolehkan pengguna internet me'lari'kan ( execute ) perisian di web utk menjadikanya interaktif.

Jumlah tersebut adalah dikira berdasarkan kiraan bagi setiap unit perisian Windows pada harga US1.47 dari November 1998 hingga September 2001.

Manakala dari In-tech ( Star ) hari semalam melaporkan E-bay pula diarahkan membayar sebanyak US29.5 juta kpd Thomas Woolston juga kerana pelanggaran hakcipta. Thomas telaah merekacipta satu kaedah dimana pengguna internet dgn mudah boleh membeli sesuatu barangan berharga tetap.

Kesimpulan dari berita ini ada beberapa:
- jika anda ada idea atau mencipta produk / teknologi, segera patenkan walaupun ciptaan anda nampak mudah krn mana tahu satu hari nanti ada syarikat besar yg akan menggunakannya
- syarikat besar juga terpaksa ber'main kotor' utk terus 'survive' dgn menggunakan hakcipta orang lain tanpa memberi sebarang ganjaran
- jumlah yg besar dalam saman-menyaman ini menggambarkan bagaimana dunia IT boleh menjadikan anda kaya raya kalau kena caranya.

No comments: