Saturday, February 12, 2022

Wifi calling bukan wife calling!

Tak boleh buat/terima panggilan kerana isyarat telefon tak de atau lemah? Cubalah WiFi calling jika internet WiFi anda OK.

Walau bagaimanapun, sebelum melangkah lebih jauh, ciri WiFi calling hanya berfungsi pada model telefon tertentu dan jika TELCO anda menyokongnya. Apakah WiFi calling ? Pada asasnya, seperti namanya, ciri ini membolehkan anda membuat/menerima panggilan melalui WiFi. Ia menukar panggilan telefon biasa kepada VOIP. Anda tidak akan melihat sebarang perbezaan antara panggilan biasa dan WiFi. Pada telefon Samsung saya, saya dapat melihat tambahan ikon WiFi pada panggilan masuk/keluar yang dibuat atau diterima melalui WiFi calling di dalam log panggilan. Ini sangat berguna sekiranya liputan telefon sangat teruk tetapi anda mempunyai rangkaian WiFi yang kuat di rumah atau pejabat. Macam kat sesetengah taman perumahan, signal phone hanya bagus kalau kat balkoni, porch atau tingkat atas sahaja. Semoga bermanfaat!

No comments: