Agensi Pencegahan Scam Kebangsaan (APSK)
Untuk menghapuskan kegiatan scam, saya ingin mencadangkan penubuhan satu one stop agency yg dinamakan Agensi Pencegahan Scam Kebangsaan. APSK perlu mempunyai kuasa : - mendapatkan maklumat mengenai scammer daripada telco, bank dan lain2 agensi kerajaan yg menyimpan data peribadi dengan kadar segera (baca - dalam sekelip mata) - mendakwa mana2 individu atau organisasi yang didapati melakukan aktiviti scam tanpa masalah kelewatan birokrasi (baca - tak kira tengah malam atau hari cuti) - menyita aset scammer sejurus laporan yg genuine dibuat (baca - hantar pasukan keselamatan utk mengawal aset scammer) - mendidik masyarakat mengenai scam dgn menggunakan aset milik kerajaan dan swasta (keluar iklan di TV/radio , billboard, suratkhabar, majalah, beli iklan online, iklan dalam panggung wayang dsbnya) - mendapatkan semula wang daripada scammer untuk dipulangkan kepada mangsa2 walaupun wang berkenaan sudah dimasukkan ke dalam akaun bank milik orang lain (kalau duit dah tiada, harta scammer perlu dirampas sebagai ganti) - menggantung mana2 akaun media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram dan lain2 dengan segera apabila laporan yang genuine diterima (terus block akaun) - menggantungkan mana2 talian telefon scammer yg terlibat dalam aktiviti scamming (terminate phone line) - menghalang scammer yang disyaki daripada memiliki apa2 alat perhubungan seperti telefon, komputer dan lain2 (perintahkan scammer melaporkan aktiviti seharian mereka ke pejabat APSK) - mewujudkan dan mengendalikan pangkalan data scammer yang boleh dirujuk oleh orang awam serta pihak2 berkepentingan - mengadakan networking dan kerjasama merentasi sempadan negara dengan agensi2 luar negara yang berkaitan bagi memantau dan bertindak keatas scammer - memastikan pihak pembekal perkhidmatan komunikasi mempunyai sistem pencegahan scamming dalaman mereka sendiri yang perlu mendapat pengiktirafan oleh pihak berkuasa lain - membuka pejabat dan operasi 24 jam 7 hari seminggu tanpa gagal bagi memudahkan mangsa2 berurusan setiap masa - mewajibkan setiap peranti komunikasi seperti phone, tablet dan lain2 dilengkapi aplikasi yg boleh mengenalpasti panggilan masuk daripada scammer - apa lagi ya.... *hasil daripada aktiviti percambahan minda hujung minggu selepas terbaca banyak aktiviti scamming... Pernah kena scam tak?
No comments:
Post a Comment