Scammer akan gunakan gambar profile orang yg kita kenal rapat dan agak berpengaruh walaupun nombor phone berbeza. Jadi ada besar kemungkinan oleh kerana kita hormati dan segan dgn dia, kita akan ikut apa yg diminta.
Dia mulakan dengan salam. Jika kita respon, dia akan tanya soalan yg agak biasa seperti - ada kat mana? Kemudian diikuti dgn permintaan utk tolong transfer duit kpd seseorang kerana akaun bank dia (scammer) tak boleh login /ada masalah. Dia akan kata, tolong kejap sahaja. Berapa jam lagi dia akan ganti balik bila akaun bank dia dah OK. Macam mana nak pastikan kita tak tertipu dgn perkara semacam ini? Antara perkara2 yg boleh dilakukan : - kita call terus orang yg berkenaan. Call nombor yg ada dalam simpanan kita. Pastinya jika dia scammer, dia tak angkat sebab identiti dia akan terdedah. Orang yang kita kenal, pasti tak akan mesej kita begitu sahaja. Dan dia juga akan guna nombor phone yg sama. - kita boleh cek nombor phone dia sekiranya berbeza dgn nombor yg dalam simpanan kita utk tentukan samada dia scammer atau tak. Boleh gunakan aplikasi spt Truecaller atau Who's Call. Biasanya, orang yg dah pernah kena scam akan tag nombor phone berkenaan sebagai scammer. - boleh juga semak nombor phone, nombor akaun bank dan nama pemilik akaun bank yg scammer itu berikan dengan guna Google atau search dlm Facebook. Mungkin ada orang lain yg dah terkena dan ceritakan berkenaan scam ini. - layan scammer ini dgn macam2 soalan utk dapatkan lagi banyak maklumat utk kita tentukan kewujudan dia. Kalau dia tak boleh jawab atau macam tak layan, kita akan dapat rasakan ianya adalah aktiviti scammer. Semoga kita semua terpelihara daripada penipuan seperti ini.
No comments:
Post a Comment