Sunday, February 20, 2022

Pernah kena scam tak ?

Agensi Pencegahan Scam Kebangsaan (APSK)

Untuk menghapuskan kegiatan scam, saya ingin mencadangkan penubuhan satu one stop agency yg dinamakan Agensi Pencegahan Scam Kebangsaan. APSK perlu mempunyai kuasa : - mendapatkan maklumat mengenai scammer daripada telco, bank dan lain2 agensi kerajaan yg menyimpan data peribadi dengan kadar segera (baca - dalam sekelip mata) - mendakwa mana2 individu atau organisasi yang didapati melakukan aktiviti scam tanpa masalah kelewatan birokrasi (baca - tak kira tengah malam atau hari cuti) - menyita aset scammer sejurus laporan yg genuine dibuat (baca - hantar pasukan keselamatan utk mengawal aset scammer) - mendidik masyarakat mengenai scam dgn menggunakan aset milik kerajaan dan swasta (keluar iklan di TV/radio , billboard, suratkhabar, majalah, beli iklan online, iklan dalam panggung wayang dsbnya) - mendapatkan semula wang daripada scammer untuk dipulangkan kepada mangsa2 walaupun wang berkenaan sudah dimasukkan ke dalam akaun bank milik orang lain (kalau duit dah tiada, harta scammer perlu dirampas sebagai ganti) - menggantung mana2 akaun media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram dan lain2 dengan segera apabila laporan yang genuine diterima (terus block akaun) - menggantungkan mana2 talian telefon scammer yg terlibat dalam aktiviti scamming (terminate phone line) - menghalang scammer yang disyaki daripada memiliki apa2 alat perhubungan seperti telefon, komputer dan lain2 (perintahkan scammer melaporkan aktiviti seharian mereka ke pejabat APSK) - mewujudkan dan mengendalikan pangkalan data scammer yang boleh dirujuk oleh orang awam serta pihak2 berkepentingan - mengadakan networking dan kerjasama merentasi sempadan negara dengan agensi2 luar negara yang berkaitan bagi memantau dan bertindak keatas scammer - memastikan pihak pembekal perkhidmatan komunikasi mempunyai sistem pencegahan scamming dalaman mereka sendiri yang perlu mendapat pengiktirafan oleh pihak berkuasa lain - membuka pejabat dan operasi 24 jam 7 hari seminggu tanpa gagal bagi memudahkan mangsa2 berurusan setiap masa - mewajibkan setiap peranti komunikasi seperti phone, tablet dan lain2 dilengkapi aplikasi yg boleh mengenalpasti panggilan masuk daripada scammer - apa lagi ya.... *hasil daripada aktiviti percambahan minda hujung minggu selepas terbaca banyak aktiviti scamming... Pernah kena scam tak?

Selamat Pagi Kuala Lumpur

Pemandangan dari Jalan Tun Razak menghala ke Ampang.


Gambar diambil guna phone Samsung. Diedit guna aplikasi Snapseed. Tutorial Snapseed - https://youtube.com/playlist?list=PLb4IzBdoNIZkBAhDUcEafTIUr7YF-bx2K

Saturday, February 19, 2022

Kena Godam!

Jika anda syak aplikasi WhatsApp atau Telegram anda telah digodam, sila beritahu segera semua kenalan dalam phone supaya jangan layan mesej2 atau arahan :


- minta transfer duit ke akaun bank tertentu - minta beritahu nombor TAG yg masuk - minta beritahu kod login WhatsApp atau Telegram dan lain2 - install aplikasi tertentu ke dalam phone - klik sebarang pautan atau laman web spt laman web bank, agensi kerajaan dan lain2 - tekan sebarang butang pada phone - minta call atau mesej balik kpd penghantar - buka sebarang attachment atau fail dokumen Lagi cepat anda buat, lagi baik utk elakkan penggodam (scammer) menipu dan memperdaya kenalan2 anda.

Sunday, February 13, 2022

Here are some tips to monetize your videos on YouTube.

In order to monetize, your channel shall get 1000 subscribers and 4000 watch hours within a year.

Things that you can do to achieve that are : 1. Make sure your contents will make someones happier or more knowledgeble. 2. Promote your videos thru email, chat groups, social medias and any other suitable platform. Join related FB groups and promote it there. 3. Focus on having a clear description and keywords for your video so that it will come top in someone's search result 4. Add some 'decorations' onto your videos such as background music, subtitle, relevant photos, content separators etc. 5. Learn some techniques to make your videos look more 'professional' such as applying good photography/videography techniques. Take video from different angles, use extra lighting, use prop etc. 6. Short videos are better than longer ones. 3 minutes shall be the benchmark. Unless your contents are really good and can make viewers watch for more than 30 minutes, better to make short ones but can get higher views. 7. Respond and engage with commenters and subscribers. It is good for them to come back to watch your others videos. 8. Help other new YouTubers by subscribe their channels but don't deal to much with 'sub4sub'. 9. Keep uploading your videos frequently but better to focus on single concept or topics. I don't think it is good to have rojak style videos. It will confuse potential subscribers / viewers. However you may use the playlist feature in case you have multiple types of contents. 10. Check out other relevant YouTube channels, leave some comments and share link to your channel as well. For the record, I managed to monetize my videos within a year. But then money is not my ultimate objective though - I just happy if someones found my videos beneficial to them. https://youtube.com/c/ZooMyD All the best!

Aplikasi Phone Percuma Cantikkan Gambar - Snapseed

Cantikkan foto anda menggunakan aplikasi percuma Google Snapseed. Dengan lebih daripada 100 juta muat turun di Google Play dan 1.4 juta 4.4 bintang penarafan.

Juga boleh didapati di Apple Store. Foto asal diambil dari belakang tingkap bertinted gelap menggunakan Samsung Galaxy S10. Diedit dengan fungsi Tune Image. Apa pendapat anda tentang foto yang diedit ini ? Ikuti tutorial ringkas Snapseed di channel YouTube saya - https://youtube.com/playlist?list=PLb4IzBdoNIZkBAhDUcEafTIUr7YF-bx2K Dan tips jual gambar online di https://bbnujualgambar.blogspot.com/

Saturday, February 12, 2022

Wifi calling bukan wife calling!

Tak boleh buat/terima panggilan kerana isyarat telefon tak de atau lemah? Cubalah WiFi calling jika internet WiFi anda OK.

Walau bagaimanapun, sebelum melangkah lebih jauh, ciri WiFi calling hanya berfungsi pada model telefon tertentu dan jika TELCO anda menyokongnya. Apakah WiFi calling ? Pada asasnya, seperti namanya, ciri ini membolehkan anda membuat/menerima panggilan melalui WiFi. Ia menukar panggilan telefon biasa kepada VOIP. Anda tidak akan melihat sebarang perbezaan antara panggilan biasa dan WiFi. Pada telefon Samsung saya, saya dapat melihat tambahan ikon WiFi pada panggilan masuk/keluar yang dibuat atau diterima melalui WiFi calling di dalam log panggilan. Ini sangat berguna sekiranya liputan telefon sangat teruk tetapi anda mempunyai rangkaian WiFi yang kuat di rumah atau pejabat. Macam kat sesetengah taman perumahan, signal phone hanya bagus kalau kat balkoni, porch atau tingkat atas sahaja. Semoga bermanfaat!

Sunday, February 06, 2022

Hati2 dgn scammer melalui WhatsApp minta tolong transfer duit.

 Scammer akan gunakan gambar profile orang yg kita kenal rapat dan agak berpengaruh walaupun nombor phone berbeza. Jadi ada besar kemungkinan oleh kerana kita hormati dan segan dgn dia, kita akan ikut apa yg diminta.

Dia mulakan dengan salam. Jika kita respon, dia akan tanya soalan yg agak biasa seperti - ada kat mana? Kemudian diikuti dgn permintaan utk tolong transfer duit kpd seseorang kerana akaun bank dia (scammer) tak boleh login /ada masalah. Dia akan kata, tolong kejap sahaja. Berapa jam lagi dia akan ganti balik bila akaun bank dia dah OK. Macam mana nak pastikan kita tak tertipu dgn perkara semacam ini? Antara perkara2 yg boleh dilakukan : - kita call terus orang yg berkenaan. Call nombor yg ada dalam simpanan kita. Pastinya jika dia scammer, dia tak angkat sebab identiti dia akan terdedah. Orang yang kita kenal, pasti tak akan mesej kita begitu sahaja. Dan dia juga akan guna nombor phone yg sama. - kita boleh cek nombor phone dia sekiranya berbeza dgn nombor yg dalam simpanan kita utk tentukan samada dia scammer atau tak. Boleh gunakan aplikasi spt Truecaller atau Who's Call. Biasanya, orang yg dah pernah kena scam akan tag nombor phone berkenaan sebagai scammer. - boleh juga semak nombor phone, nombor akaun bank dan nama pemilik akaun bank yg scammer itu berikan dengan guna Google atau search dlm Facebook. Mungkin ada orang lain yg dah terkena dan ceritakan berkenaan scam ini. - layan scammer ini dgn macam2 soalan utk dapatkan lagi banyak maklumat utk kita tentukan kewujudan dia. Kalau dia tak boleh jawab atau macam tak layan, kita akan dapat rasakan ianya adalah aktiviti scammer. Semoga kita semua terpelihara daripada penipuan seperti ini.

Saturday, February 05, 2022

Akaun keldai - kisah yang tidak berkesudahan?

Anda boleh cuba buat carian mudah di FB - 'sewa bank akaun'. Banyak tak hasil carian?

Penipuan ini berkaitan dengan nombor telefon, akaun bank dan akaun media sosial. Nampaknya sangat sukar untuk menyelesaikan masalah ini. Tindakan yang boleh dilakukan: - orang ramai perlu menyedarinya. Mereka perlu meneliti permintaan pemindahan wang menggunakan akaun bank mereka melalui siaran media sosial. Tetapi siapa pula yang akan mendidik orang ramai? - mangsa hendaklah viralkan kes mereka supaya orang lain tidak akan turut ditipu. Tetapi adakah mudah untuk melakukan perkara ini? Apa lagi yg boleh kita buat? https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/806808/2-ditahan-akaun-bank-diguna-sindiket-menipu-di-facebook