Line pattern for architectural photoThe colored thing is the lift.
Tiada topik yang khusus. Mana yang terlintas aje dan ada kesempatan untuk diblogkan.
Sunday, March 26, 2023
Saturday, March 25, 2023
Stesen MRT Tun Razak Exchange (KG20 / PY23) - Video
Video pendek saya mengenai Stesen MRT Tun Razak Exchange (KG20 / PY23).
Saya mengambil masa lebih kurang 4 minit berjalan kaki dari pintu masuk pintu B stesen ini turun ke Platform 1 & 3. Terdapat 4 eskalator.Terdapat satu lagi tingkat di bawah iaitu Platform 2 dan 4. Jangan risau, ada lif jika anda tidak boleh berjalan.
Seseorang memberitahu saya bahawa stesen ini kedalamannya lebih kurang 50 meter. Wah!
Ini adalah stesen pertukaran antara laluan MRT Putrajaya dan laluan MRT Kajang.
Laluan Putrajaya mempunyai satu lagi stesen di Persiaran KLCC iaitu kira-kira 130 meter dari pejabat saya, Menara PNB. Hebat!
Saya perhatikan stesen ini mempunyai corak Islamik sebagai hiasan untuk beberapa dinding.
Ramai orang memberitahu saya bahawa stesen MRT Conlay mempunyai reka bentuk yang paling Instagrammable. Mungkin kerana ia berdekatan dengan Kraftangan? Saya pasti akan menyemaknya kemudian.
Bagaimanapun, ia adalah pengalaman yang hebat. Semoga MRT akan menyediakan satu lagi mod pengangkutan yang praktikal untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
#mrt
#rapidkl
#trx
Saturday, March 11, 2023
Silhouette
I am trying to create a story that the pole provides the light to the jetsky. So this will be the subject of the photo under category silhouette.
I adjust the composition in which originally the sunset becomes the focus or the subject.Edited using Snapseed. original in the comment.
Appreciate any feedback.
Thanks
Sunday, February 26, 2023
My top 7 LEGO MOCs
https://rebrickable.com/mocs/MOC-76908/zumaidi/clean-chassis/#details
8500 views
https://rebrickable.com/mocs/MOC-80141/zumaidi/flight-simulator/#details
5000 views
https://rebrickable.com/mocs/MOC-75479/zumaidi/henry-fords-quadricycle/#details
4400 views
https://rebrickable.com/mocs/MOC-87639/zumaidi/big-wheels-jeep-wrangler-42122/#details
4300 views
https://rebrickable.com/mocs/MOC-85603/zumaidi/8-legged-walker-robot/#details
4200 views
https://rebrickable.com/mocs/MOC-74883/zumaidi/a-rugged-atv/#details
3800 views
https://rebrickable.com/mocs/MOC-75285/zumaidi/off-road-segway/#details
3000 views
Saturday, February 25, 2023
Not very user friendly public transport facility ...
Wonder why the bridge to cross platform too far away from station entrance / exit at Seremban KTM?
Sunday, February 19, 2023
From behind tinted window
This photo was shot behind a dark tinted glass window. Edited a little bit using the phone photo app.
Is there any tip how to avoid the impact of the tinted glass which makes photo a little bit darker?Thanks
Saturday, February 18, 2023
Saturday, February 11, 2023
Tukar sampah jadi duit!
Mesin recycle daripada Klean ini membolehkan kita recycle botol kosong. Masukkan je botol ke dalam mesin tu dan kemudian scan kod. Kena install aplikasi Klean terlebih dahulu.
Setiap botol dapat point. Point ini boleh ditukar kpd macam2 ganjaran.
Mudah sangat kan ? Dari buang je botol tu, lebih baik recycle dan dapat ganjaran. Yang lebih penting, kita turut menyelamatkan dunia dengan menjadi lebih peka kpd alam sekitar.
Setakat ini ada lebih 33 mesin Klean di sekitar Kuala Lumpur. Harap2 akan ada lebih banyak dan bertambahlah ganjaran yg boleh ditawarkan.
Tukar sampah jadi duit!
Sunday, January 29, 2023
Sunday, January 22, 2023
Better Edit or Not
Asking for opinion - which is better? To adjust the perspective or not ?
* I used Snapseed to adjust it.
Thanks
Saturday, January 21, 2023
Shutterstock rejected my photo
My photo here was rejected by Shutterstock - both the original and edited version - https://www.facebook.com/groups/iPhotoAcademy/permalink/3452383055031806/?mibextid=W9rl1R
Appreciate for any comment. Thanks
Sunday, January 15, 2023
Long Exposure Effect
This video is to show how the long exposure effect on live photo can change the mood. As can be seen here, IMHO the view gives me more calmness feeling or serenity when the long exposure effect was applied. Any comment?
Sunday, January 08, 2023
Saturday, December 17, 2022
ZooMyD YouTube 2022 Report
My YouTube Channel snapshot for 2022
Feel free to visit my channel - https://youtube.com/@zoomyd?si=EYl_DFCRwr6LUqJg
Saturday, October 22, 2022
Integriti di mana saja...
Betul dah tu, tapi...
Entah siapakah yang salah
Ku tak tahu
Bersangka baik mungkin dia nak tolak ke tempat yg disediakan tapi ada motor parking kat situ pulak....eemmm
Saturday, October 01, 2022
Manggis - 1 sen 1 biji
Ternampak bungkusan buah manggis sewaktu beli belah di sebuah pasaraya.
Harganya hampir RM10 untuk lebih kurang 12 biji. Dah tak nampak fresh pun buahnya.
Teringat satu waktu dahulu, saya pernah jual satu biji satu sen. Buah manggis ni kalau dah petik tak boleh jatuh ke tanah. Kalau jatuh dia akan rosak.
Jadi petik sebiji dan masuk dalam bekas. Bila bekas dah penuh atau agak berat, baru turunkan untuk dimasukkan ke dalam guni.
Nasib baiklah pokok manggis senang dipanjat kerana banyak dahan dan pokoknya lurus je.
Itulah, dulu satu sen sekarang hampir satu ringgit sebiji. Kaya dah koi kalau dulu2, harga manggis macam ni. Ha ha ha
Beg Sekolah Berat Sangat
Isu beg berat adalah isu sejak puluhan tahun. Saya pernah menyuarakannya melalui PIBG pada tahun 2010 berdasarkan apa yang dialami oleh anak saya yang ketika itu di darjah 3.
Ini apa yang saya catitkan :
- Carian di Google mendapati "berat beg sekolah sepatutnya tidak lebih 15% dpd berat badan".
- Saya test beg anak saya yang berada di tahun 3 utk jadual hari Khamis.
- Ada sebanyak 32 buah buku di dalamnya. Ini merangkumi 6 Subjek.( kalau ikut garis panduan, bilangan subjek sehari tak boleh lebih daripada 5 )
- Berat keseluruhan buku2 tersebut ialah 6kg atau 27% drp berat badan anak saya iaitu 22kg
- Subjek BM sahaja ada 9 buku ( buku teks, buku aktiviti, buku tulis, buku ejaan dsbnya)
- Setiap subjek ada lebih daripada 1 buku yg perlu dibawa.
Jadi, pertanyaan saya kpd AJK PIBG:
- tak boleh ke untuk subjek BM misalnya, buku tertentu dibawa mengikut silabus? Bukannya angkut semua setiap kali kelas.
- Bila habis tahun, didapati ada buku2 yg digunakan hanya beberapa kali sahaja. Ada yg 2 mukasurat sahaja digunakan daripada 80 muka surat.
- Kesan buruk membawa beg yg berat mungkin terhasil selepas tempoh yg lama. Bayangkan beg berat yg terpaksa dibawa turun naik tingkat 3 melalui tangga.
Saya dah lupa apa tindakan penyelesaian yg telah diambil, tetapi rasanya tiada yg konkrit. Business as usual.
Dan begitulah....masalah ini masih belum dapat diatasi lagi rupanya
Saturday, September 24, 2022
Memperkenalkan JARI!
Kini, anda boleh mengawal mana-mana peranti menggunakan hujung jari anda!
JARI (Just Another Remote Interface) ialah alat kawalan jauh menggunakan teknologi bluetooth. Ia berbentuk seperti sarung jari getah dilengkapi dengan sensor sentuh kapasitif, penerima/pemancar bluetooth dan komponen bateri yang boleh dicas semula. Mengapa ia perlu ? Dicipta dengan kerisauan mengenai isu keselamatan, supaya pemandu boleh memegang stereng kenderaan mereka dan bukannya leka mengendalikan telefon bimbit. Sebenarnya ia boleh digunakan untuk banyak perkara lain bagi menjadikan hidup lebih produktif dan mudah 🙂 Adakah peranti seperti ini sudah berada di pasaran? Selamat berhujung minggu.Saturday, September 17, 2022
Selamat Pagi Kehijauan!
Tahukah anda yang tumbuhan hijau yg hidup di dalam kawasan yang menggunakan alat penghawa dingin dapat mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 10%?
Mari kita pakat2 bawa pokok hijau yang comel dan sejuk mata memandang ke pejabat!












