Mesin recycle daripada Klean ini membolehkan kita recycle botol kosong. Masukkan je botol ke dalam mesin tu dan kemudian scan kod. Kena install aplikasi Klean terlebih dahulu.
Setiap botol dapat point. Point ini boleh ditukar kpd macam2 ganjaran.
Mudah sangat kan ? Dari buang je botol tu, lebih baik recycle dan dapat ganjaran. Yang lebih penting, kita turut menyelamatkan dunia dengan menjadi lebih peka kpd alam sekitar.
Setakat ini ada lebih 33 mesin Klean di sekitar Kuala Lumpur. Harap2 akan ada lebih banyak dan bertambahlah ganjaran yg boleh ditawarkan.
Tukar sampah jadi duit!
No comments:
Post a Comment