Kini, anda boleh mengawal mana-mana peranti menggunakan hujung jari anda!
JARI (Just Another Remote Interface) ialah alat kawalan jauh menggunakan teknologi bluetooth. Ia berbentuk seperti sarung jari getah dilengkapi dengan sensor sentuh kapasitif, penerima/pemancar bluetooth dan komponen bateri yang boleh dicas semula. Mengapa ia perlu ? Dicipta dengan kerisauan mengenai isu keselamatan, supaya pemandu boleh memegang stereng kenderaan mereka dan bukannya leka mengendalikan telefon bimbit. Sebenarnya ia boleh digunakan untuk banyak perkara lain bagi menjadikan hidup lebih produktif dan mudah 🙂 Adakah peranti seperti ini sudah berada di pasaran? Selamat berhujung minggu.Tiada topik yang khusus. Mana yang terlintas aje dan ada kesempatan untuk diblogkan.
Saturday, September 24, 2022
Saturday, September 17, 2022
Selamat Pagi Kehijauan!
Tahukah anda yang tumbuhan hijau yg hidup di dalam kawasan yang menggunakan alat penghawa dingin dapat mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 10%?
Mari kita pakat2 bawa pokok hijau yang comel dan sejuk mata memandang ke pejabat!Saturday, September 10, 2022
Kue Street Cafe
Hari ini saya bertemu dengan seorang usahawan muda di Merlimau, Melaka. Seorang lelaki muda yang sangat rajin, serius tetapi sangat peramah.
Kawan baik anak saya sebenarnya. Keluarga kami dahulunya berjiran. Beliau telah menamatkan pengajian dalam Diploma Kulinari dari UiTM Dungun, Terengganu. Selepas beberapa tahun bekerja, dia berasa cukup yakin untuk membuka kafenya sendiri betul2 di hadapan rumah keluarganya selepas tamat PKP yang lalu. Menurutnya, setakat ini sambutan terhadap kafe beliau sangat baik dan cukup meyakinkan untuk lebih maju. Dia sudah pun merancang untuk pengembangan bagi menyediakan lebih banyak meja untuk menampung pelanggan baharu. Melihat bagaimana dia menguruskan kafenya, saya percaya dia boleh pergi lebih jauh, insya-Allah. Mungkin mempunyai produk jenama sendiri dan juga francais. Sekiranya anda berdekatan dengan kafenya, silalah cuba. Online Reviews : 4.7 star rating on Google Review 5.0 star rating on Facebook 4.7 star rating on Foodpanda 10 Kedai Kopi Yang Unik Dan Menarik Di Malaysia! - https://www.google.com/amp/s/www.rasa.my/10-kedai-kopi-yang-unik-dan-menarik-di-malaysia/amp/ 8 Hidden & Unique Tiny Coffeeshops In Malaysia - https://zafigo.com/stories/zafigo-stories/20210924-hidden-tiny-coffeeshops-in-malaysia 15 Insta-Worthy Cafés To Check Out With Friends When Travelling Is Allowed Again - https://says.com/my/amp/makan/instagrammable-cafes-in-malaysia Kue Street Cafe KM25 Jalan Merlimau / Muar, Merlimau, Malacca.
Saturday, August 27, 2022
Tarikh Sebenar Kita Bebas Daripada Penjajahan
Bilakah tarikh Malaysia mula mempunyai kuasa pemerintahan oleh rakyatnya sendiri?
A. 31 Ogos 1957 B. 1 September 1957 C. 16 September 1963 D. 13 Mei 1969 Begitulah lebih kurang bunyinya satu soalan ujian mata pelajaran Sejarah sewaktu saya di Tingkatan 3. Saya rasa ianya soalan yang amat mudah dan 'straight forward'. Pastinya kita mula memerintah negara kita sendiri apabila kita sudah merdeka, kan? Dengan penuh yakin, saya pun memilih tarikh 31 Ogos 1957 - tarikh keramat negara kita merdeka dari penjajahan British. Tup tup... Bila keputusan keluar, salah rupanya. Pasal apa agaknya?
Saturday, July 30, 2022
Gambar Popular di PEXELS.COM
Menurut PEXELS.COM, ini adalah foto saya yang paling popular dengan lebih daripada 15 ribu tontonan - https://www.pexels.com/photo/ornamented-ceiling-and-columns-5822773/
Saya mengambil gambar ini di Masjid Raya Sheikh Zayed, Abu Dhabi menggunakan Samsung Galaxy Note 4. Ia telah diedit menggunakan Snapseed. Anda boleh membandingkan foto sebelum dan selepas. Tetapi ada sesetengah orang yang lebih suka yang asli kerana mereka berkata foto tidak boleh berbohong. Apa pendapat kamu? (Terjemahan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu oleh Google Translate)Sunday, July 24, 2022
Thank you Peugeot Malaysia!
Alhamdulillah.
I won a contest to design body color for Peugeot 2008 SUV organised by Peugeot Malaysia.
The motif of the design is 'kain pelikat Melayu'. It really looks localised. Unfortunately this exists only on screen and not being materialised on to the SUV production color.
FYI, I owned a Peugeot 408 NA (2012). 😁
Saturday, July 16, 2022
Tanda-tanda ketagihan phone
7 tanda2 ketagih phone :
1. Bangun tidur tengah malam utk tengok phone 2. Cek phone selang beberapa ketika 3. Tekan refresh berulang2 kali 4. Habiskan masa nak cek status di phone selepas buat hantaran 5. Ada set had masa menatap phone tapi sendiri tak patuh dan tukar 6. Rasa tak boleh nak berpisah daripada phone Dan saya tambah 1 lagi utk orang Islam - cek phone bila bilal dah iqamat atau beberapa saat sebelum takbir utk solat dan sebaik sahaja selepas salam. Juga cek phone sesuatu khatib baca khutbah. Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat2 ini.Saturday, July 02, 2022
Mari guna SETEL - mudoh mat!
Saya nak ajak kawan2 utk guna SETEL sambil dapat reward. 😉
Mengapa SETEL? - Isi minyak guna phone je - ada penyata pembelian utk rekod - boleh dapat perlindungan takaful percuma - kumpul mata ganjaran utk beli barang di stesen minyak PETRONAS - diskaun utk barangan jenama PETRONAS spt t-shirt F1 - Boleh juga guna utk caj kereta EV - dan banyak lagi lah....🙂 Gunakan kod ini bila register - 49yfSunday, June 19, 2022
Tazkirah Ringkas
Alhamdulillah. Dapat ucapan daripada anak2 sempena Hari Bapa.
Saya pula sudah tak berkesempatan untuk ucap yg sama kepada bapa saya yang telah pulang ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.Monday, May 16, 2022
Tuesday, April 19, 2022
Salam Nuzul Quran
Hari ini iaitu 17 Ramadan disambut setiap tahun oleh umat Islam sebagai hari Nuzul Quran sempena meraikan sejarah hari turunnya ayat pertama Al Quran iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 41 usia Baginda Nabi Muhammad SAW.
Saya pernah membangunkan satu aplikasi Android terjemahan Al Quran dalam Bahasa Malaysia beberapa tahun yang lepas. Aplikasi ini memudahkan pencarian perkataan2 dalam Al Quran. Saya kongsikan APKnya di Dropbox - https://www.dropbox.com/s/qcz4gu6mpq8dejt/QuranBM.apk?dl=0 Dengan adanya banyak lagi aplikasi seumpamanya yang lagi bagus, saya tidak lagi meneruskan sebarang penambahbaikan ke atas aplikasi ini. Mohon maaf jika ada kesilapan. Semoga ada manfaat.Saturday, April 16, 2022
Salam Ramadan
Tarikh 1 Ramadan untuk 3 tahun akan datang :
- 1 Ramadan 1444H = 23 Mac 2023 (Khamis) - 1 Ramadan 1445H = 11 Mac 2024 (Isnin) - 1 Ramadan 1446H = 1 Mac 2025 (Sabtu) Data di atas dijana oleh skrip tukar tarikh Hijriah kepada Masehi yang saya bangunkan di http://zoomyd.epizy.com/kalendar/tukarh2m.html Tarikh yang tepat perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama tempatan. Semoga ada manfaatArtikel Terjemahan...
Saya perhatikan bahawa ramai penutur bahasa Inggeris bukan asli tidak menggunakan ungkapan idiomatik dalam ayat mereka.
Friday, April 15, 2022
Pembaziran di Bulan Mulia
3 Pembaziran Buat Kebanyakan Orang Islam di Bulan Ramadan
1 - melanggan bufet Ramadan yang mahal harganya 2 - membeli dan membakar bunga api atau mercun 3 - membeli pelbagai juadah di bazar Ramadan melebih keperluan Semoga kita semua dapat menghayati ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini.Saturday, March 26, 2022
Maksud 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit'
Terasa nak main2 dengan Excel pulak hujung2 minggu ni...
Kalau kita ada RM10 ribu, katakan setiap tahun dapat dividen 5%. Selepas 30 tahun, dia jadi RM43 ribu. Wow! Banyak tu. Tapi itu kalau panjang umur lah. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah adalah sebaik2 perancang. Jika minat nak belajar Excel, saya ada buatkan tutorial asas yg ringkas di YouTube - https://youtube.com/playlist?list=PLb4IzBdoNIZnI5lcYzfhuCecTVee_XqRU Semoga bermanfaat selagi ada hayat.
Saturday, March 19, 2022
Memiliki Komputer Sendiri
Bolehkah penuntut institusi pendidikan tinggi tidak memiliki komputer sendiri sepanjang tempoh belajar pada tahun 2021?
Majoriti atau mungkin keseluruhan sesi pembelajaran atau kelas pada tahun 2021 diadakan secara atas talian. Untuk sesi seperti ini, penggunaan smartphone sepenuhnya adalah tidak mustahil. Ini kerana aplikasi seperti Google Meet, Zoom, Webex, Teams dan seumpamanya boleh digunakan pada phone. Cuma, apabila hendak membuat assignment, pada saya adalah mustahil untuk bergantung kepada phone semata-mata. Walaupun aplikasi seperti Excel, Word, PowerPoint, Google Spreadsheet, Google Doc, Pages, Numbers, Keynote dan seumpamanya ada pada phone tetapi tanpa keyboard dan mouse, saya rasa adalah teramat sukar dan leceh utk menggunakan phone. Pilihan yang ada pada penuntut yang tiada komputer ialah untuk meminjam daripada kenalan atau menyewa komputer di pusat siber. Kaedah ini membolehkan beliau menyiapkan assignment tetapi pastinya terbatas dari segi masa. Bila pinjam, tak boleh lah lama-lama dan kena pulangkan segera kerana pemilik asal pun mungkin nak guna juga. Kalau sewa, kena ikut waktu kedai dibuka pula. Walaupun begitu ia tidaklah mustahil. Atas faktor ini, pemilikan komputer peribadi oleh penuntut institusi pendidikan tinggi adalah satu kemestian sebaik sahaja mereka telah mendaftar masuk (bukan sewaktu memohon). Jika penuntut ada masalah untuk memenuhi syarat ini, pihak-pihak berkenaan wajiblah bantu. Saya dulu di awal 90an, pernah menuntut di ITM (kini UiTM). Hanya guna komputer di makmal sahaja - itu pun ada jadual atau giliran tertentu. Tapi adalah sangat tidak adil untuk buat perbandingan penggunaan komputer di kalangan penuntut pada tahun 90an dan 2021. Teringat saya kata2 Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub yg saya pernah baca - 'tujuan asal penubuhan institusi ini ialah untuk membantu golongan Melayu dan Bumiputera yang miskin dan ketinggalan pada masa itu.' Adalah amat mendukacitakan selepas 60 tahun, jika masih ada penuntut institusi pengajian tinggi yang tidak dapat memiliki komputer sendiri. Sudahlah begitu, ada pula kalangan terpelajar yang sedang menikmati kemakmuran negara, merasa seolah2 terbeban pula dengan golongan penuntut seperti ini.Saturday, March 12, 2022
Alfatihah Untuk Ayahanda
Berbanggalah dengan apa yang anda lakukan dan dengan pencapaiannya.
Sunday, February 20, 2022
Pernah kena scam tak ?
Agensi Pencegahan Scam Kebangsaan (APSK)
Untuk menghapuskan kegiatan scam, saya ingin mencadangkan penubuhan satu one stop agency yg dinamakan Agensi Pencegahan Scam Kebangsaan. APSK perlu mempunyai kuasa : - mendapatkan maklumat mengenai scammer daripada telco, bank dan lain2 agensi kerajaan yg menyimpan data peribadi dengan kadar segera (baca - dalam sekelip mata) - mendakwa mana2 individu atau organisasi yang didapati melakukan aktiviti scam tanpa masalah kelewatan birokrasi (baca - tak kira tengah malam atau hari cuti) - menyita aset scammer sejurus laporan yg genuine dibuat (baca - hantar pasukan keselamatan utk mengawal aset scammer) - mendidik masyarakat mengenai scam dgn menggunakan aset milik kerajaan dan swasta (keluar iklan di TV/radio , billboard, suratkhabar, majalah, beli iklan online, iklan dalam panggung wayang dsbnya) - mendapatkan semula wang daripada scammer untuk dipulangkan kepada mangsa2 walaupun wang berkenaan sudah dimasukkan ke dalam akaun bank milik orang lain (kalau duit dah tiada, harta scammer perlu dirampas sebagai ganti) - menggantung mana2 akaun media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram dan lain2 dengan segera apabila laporan yang genuine diterima (terus block akaun) - menggantungkan mana2 talian telefon scammer yg terlibat dalam aktiviti scamming (terminate phone line) - menghalang scammer yang disyaki daripada memiliki apa2 alat perhubungan seperti telefon, komputer dan lain2 (perintahkan scammer melaporkan aktiviti seharian mereka ke pejabat APSK) - mewujudkan dan mengendalikan pangkalan data scammer yang boleh dirujuk oleh orang awam serta pihak2 berkepentingan - mengadakan networking dan kerjasama merentasi sempadan negara dengan agensi2 luar negara yang berkaitan bagi memantau dan bertindak keatas scammer - memastikan pihak pembekal perkhidmatan komunikasi mempunyai sistem pencegahan scamming dalaman mereka sendiri yang perlu mendapat pengiktirafan oleh pihak berkuasa lain - membuka pejabat dan operasi 24 jam 7 hari seminggu tanpa gagal bagi memudahkan mangsa2 berurusan setiap masa - mewajibkan setiap peranti komunikasi seperti phone, tablet dan lain2 dilengkapi aplikasi yg boleh mengenalpasti panggilan masuk daripada scammer - apa lagi ya.... *hasil daripada aktiviti percambahan minda hujung minggu selepas terbaca banyak aktiviti scamming... Pernah kena scam tak?Selamat Pagi Kuala Lumpur
Pemandangan dari Jalan Tun Razak menghala ke Ampang.
Gambar diambil guna phone Samsung. Diedit guna aplikasi Snapseed. Tutorial Snapseed - https://youtube.com/playlist?list=PLb4IzBdoNIZkBAhDUcEafTIUr7YF-bx2K
Saturday, February 19, 2022
Kena Godam!
Jika anda syak aplikasi WhatsApp atau Telegram anda telah digodam, sila beritahu segera semua kenalan dalam phone supaya jangan layan mesej2 atau arahan :
- minta transfer duit ke akaun bank tertentu - minta beritahu nombor TAG yg masuk - minta beritahu kod login WhatsApp atau Telegram dan lain2 - install aplikasi tertentu ke dalam phone - klik sebarang pautan atau laman web spt laman web bank, agensi kerajaan dan lain2 - tekan sebarang butang pada phone - minta call atau mesej balik kpd penghantar - buka sebarang attachment atau fail dokumen Lagi cepat anda buat, lagi baik utk elakkan penggodam (scammer) menipu dan memperdaya kenalan2 anda.











