Saturday, October 22, 2022

Integriti di mana saja...

 Betul dah tu, tapi...



Entah siapakah yang salah 

Ku tak tahu 

Bersangka baik mungkin dia nak tolak ke tempat yg disediakan tapi ada motor parking kat situ pulak....eemmm

Saturday, October 01, 2022

Manggis - 1 sen 1 biji

 Ternampak bungkusan buah manggis sewaktu beli belah di sebuah pasaraya.



Harganya hampir RM10 untuk lebih kurang 12 biji. Dah tak nampak fresh pun buahnya.

Teringat satu waktu dahulu, saya pernah jual satu biji satu sen. Buah manggis ni kalau dah petik tak boleh jatuh ke tanah. Kalau jatuh dia akan rosak.

Jadi petik sebiji dan masuk dalam bekas. Bila bekas dah penuh atau agak berat, baru turunkan untuk dimasukkan ke dalam guni.

Nasib baiklah pokok manggis senang dipanjat kerana banyak dahan dan pokoknya lurus je.

Itulah, dulu satu sen sekarang hampir satu ringgit sebiji. Kaya dah koi kalau dulu2, harga manggis macam ni. Ha ha ha

Beg Sekolah Berat Sangat

Isu beg berat adalah isu sejak puluhan tahun. Saya pernah menyuarakannya melalui PIBG pada tahun 2010 berdasarkan apa yang dialami oleh anak saya yang ketika itu di darjah 3.

Ini apa yang saya catitkan :

- Carian di Google mendapati "berat beg sekolah sepatutnya tidak lebih 15% dpd berat badan".

- Saya test beg anak saya yang berada di tahun 3 utk jadual hari Khamis.

- Ada sebanyak 32 buah buku di dalamnya. Ini merangkumi 6 Subjek.( kalau ikut garis panduan, bilangan subjek sehari tak boleh lebih daripada 5 )

- Berat keseluruhan buku2 tersebut ialah 6kg atau 27% drp berat badan anak saya iaitu 22kg

- Subjek BM sahaja ada 9 buku ( buku teks, buku aktiviti, buku tulis, buku ejaan dsbnya)

- Setiap subjek ada lebih daripada 1 buku yg perlu dibawa.


Jadi, pertanyaan saya kpd AJK PIBG:

- tak boleh ke untuk subjek BM misalnya, buku tertentu dibawa mengikut silabus? Bukannya angkut semua setiap kali kelas.

- Bila habis tahun, didapati ada buku2 yg digunakan hanya beberapa kali sahaja. Ada yg 2 mukasurat sahaja digunakan daripada 80 muka surat.

- Kesan buruk membawa beg yg berat mungkin terhasil selepas tempoh yg lama. Bayangkan beg berat yg terpaksa dibawa turun naik tingkat 3 melalui tangga.


Saya dah lupa apa tindakan penyelesaian yg telah diambil, tetapi rasanya tiada yg konkrit. Business as usual.


Dan begitulah....masalah ini masih belum dapat diatasi lagi rupanya

Saturday, September 24, 2022

Memperkenalkan JARI!

Kini, anda boleh mengawal mana-mana peranti menggunakan hujung jari anda!


JARI (Just Another Remote Interface) ialah alat kawalan jauh menggunakan teknologi bluetooth. Ia berbentuk seperti sarung jari getah dilengkapi dengan sensor sentuh kapasitif, penerima/pemancar bluetooth dan komponen bateri yang boleh dicas semula. Mengapa ia perlu ? Dicipta dengan kerisauan mengenai isu keselamatan, supaya pemandu boleh memegang stereng kenderaan mereka dan bukannya leka mengendalikan telefon bimbit. Sebenarnya ia boleh digunakan untuk banyak perkara lain bagi menjadikan hidup lebih produktif dan mudah 🙂 Adakah peranti seperti ini sudah berada di pasaran? Selamat berhujung minggu.

Saturday, September 17, 2022

Selamat Pagi Kehijauan!

Tahukah anda yang tumbuhan hijau yg hidup di dalam kawasan yang menggunakan alat penghawa dingin dapat mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 10%?


Mari kita pakat2 bawa pokok hijau yang comel dan sejuk mata memandang ke pejabat!

Saturday, September 10, 2022

Kue Street Cafe

Hari ini saya bertemu dengan seorang usahawan muda di Merlimau, Melaka. Seorang lelaki muda yang sangat rajin, serius tetapi sangat peramah.


Kawan baik anak saya sebenarnya. Keluarga kami dahulunya berjiran. Beliau telah menamatkan pengajian dalam Diploma Kulinari dari UiTM Dungun, Terengganu. Selepas beberapa tahun bekerja, dia berasa cukup yakin untuk membuka kafenya sendiri betul2 di hadapan rumah keluarganya selepas tamat PKP yang lalu. Menurutnya, setakat ini sambutan terhadap kafe beliau sangat baik dan cukup meyakinkan untuk lebih maju. Dia sudah pun merancang untuk pengembangan bagi menyediakan lebih banyak meja untuk menampung pelanggan baharu. Melihat bagaimana dia menguruskan kafenya, saya percaya dia boleh pergi lebih jauh, insya-Allah. Mungkin mempunyai produk jenama sendiri dan juga francais. Sekiranya anda berdekatan dengan kafenya, silalah cuba. Online Reviews : 4.7 star rating on Google Review 5.0 star rating on Facebook 4.7 star rating on Foodpanda 10 Kedai Kopi Yang Unik Dan Menarik Di Malaysia! - https://www.google.com/amp/s/www.rasa.my/10-kedai-kopi-yang-unik-dan-menarik-di-malaysia/amp/ 8 Hidden & Unique Tiny Coffeeshops In Malaysia - https://zafigo.com/stories/zafigo-stories/20210924-hidden-tiny-coffeeshops-in-malaysia 15 Insta-Worthy Cafés To Check Out With Friends When Travelling Is Allowed Again - https://says.com/my/amp/makan/instagrammable-cafes-in-malaysia Kue Street Cafe KM25 Jalan Merlimau / Muar, Merlimau, Malacca.

Saturday, August 27, 2022

Tarikh Sebenar Kita Bebas Daripada Penjajahan

Bilakah tarikh Malaysia mula mempunyai kuasa pemerintahan oleh rakyatnya sendiri?


A. 31 Ogos 1957 B. 1 September 1957 C. 16 September 1963 D. 13 Mei 1969 Begitulah lebih kurang bunyinya satu soalan ujian mata pelajaran Sejarah sewaktu saya di Tingkatan 3. Saya rasa ianya soalan yang amat mudah dan 'straight forward'. Pastinya kita mula memerintah negara kita sendiri apabila kita sudah merdeka, kan? Dengan penuh yakin, saya pun memilih tarikh 31 Ogos 1957 - tarikh keramat negara kita merdeka dari penjajahan British. Tup tup... Bila keputusan keluar, salah rupanya. Pasal apa agaknya?

Saturday, July 30, 2022

Gambar Popular di PEXELS.COM

Menurut PEXELS.COM, ini adalah foto saya yang paling popular dengan lebih daripada 15 ribu tontonan - https://www.pexels.com/photo/ornamented-ceiling-and-columns-5822773/



Saya mengambil gambar ini di Masjid Raya Sheikh Zayed, Abu Dhabi menggunakan Samsung Galaxy Note 4. Ia telah diedit menggunakan Snapseed. Anda boleh membandingkan foto sebelum dan selepas. Tetapi ada sesetengah orang yang lebih suka yang asli kerana mereka berkata foto tidak boleh berbohong. Apa pendapat kamu? (Terjemahan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu oleh Google Translate)

Sunday, July 24, 2022

Thank you Peugeot Malaysia!

Alhamdulillah. 

I won a contest to design body color for Peugeot 2008 SUV organised by Peugeot Malaysia.

The motif of the design is 'kain pelikat Melayu'. It really looks localised. Unfortunately this exists only on screen and not being materialised on to the SUV production color. 

FYI, I owned a Peugeot 408 NA (2012). 😁 


Saturday, July 16, 2022

Tanda-tanda ketagihan phone

 7 tanda2 ketagih phone :

1. Bangun tidur tengah malam utk tengok phone 2. Cek phone selang beberapa ketika 3. Tekan refresh berulang2 kali 4. Habiskan masa nak cek status di phone selepas buat hantaran 5. Ada set had masa menatap phone tapi sendiri tak patuh dan tukar 6. Rasa tak boleh nak berpisah daripada phone Dan saya tambah 1 lagi utk orang Islam - cek phone bila bilal dah iqamat atau beberapa saat sebelum takbir utk solat dan sebaik sahaja selepas salam. Juga cek phone sesuatu khatib baca khutbah. Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat2 ini.

Saturday, July 02, 2022

Mari guna SETEL - mudoh mat!

Saya nak ajak kawan2 utk guna SETEL sambil dapat reward. 😉

Mengapa SETEL? - Isi minyak guna phone je - ada penyata pembelian utk rekod - boleh dapat perlindungan takaful percuma - kumpul mata ganjaran utk beli barang di stesen minyak PETRONAS - diskaun utk barangan jenama PETRONAS spt t-shirt F1 - Boleh juga guna utk caj kereta EV - dan banyak lagi lah....🙂 Gunakan kod ini bila register - 49yf

Sunday, June 19, 2022

Tazkirah Ringkas

Alhamdulillah. Dapat ucapan daripada anak2 sempena Hari Bapa.

Saya pula sudah tak berkesempatan untuk ucap yg sama kepada bapa saya yang telah pulang ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.

Monday, May 16, 2022

Selamat Hari Guru

Kepada semua cikgu-cikgu yang dihormati dan diingati...


Tuesday, April 19, 2022

Salam Nuzul Quran

Hari ini iaitu 17 Ramadan disambut setiap tahun oleh umat Islam sebagai hari Nuzul Quran sempena meraikan sejarah hari turunnya ayat pertama Al Quran iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 41 usia Baginda Nabi Muhammad SAW.

Saya pernah membangunkan satu aplikasi Android terjemahan Al Quran dalam Bahasa Malaysia beberapa tahun yang lepas. Aplikasi ini memudahkan pencarian perkataan2 dalam Al Quran. Saya kongsikan APKnya di Dropbox - https://www.dropbox.com/s/qcz4gu6mpq8dejt/QuranBM.apk?dl=0 Dengan adanya banyak lagi aplikasi seumpamanya yang lagi bagus, saya tidak lagi meneruskan sebarang penambahbaikan ke atas aplikasi ini. Mohon maaf jika ada kesilapan. Semoga ada manfaat.

Saturday, April 16, 2022

Salam Ramadan

 Tarikh 1 Ramadan untuk 3 tahun akan datang :

- 1 Ramadan 1444H = 23 Mac 2023 (Khamis) - 1 Ramadan 1445H = 11 Mac 2024 (Isnin) - 1 Ramadan 1446H = 1 Mac 2025 (Sabtu) Data di atas dijana oleh skrip tukar tarikh Hijriah kepada Masehi yang saya bangunkan di http://zoomyd.epizy.com/kalendar/tukarh2m.html Tarikh yang tepat perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama tempatan. Semoga ada manfaat

Artikel Terjemahan...

Saya perhatikan bahawa ramai penutur bahasa Inggeris bukan asli tidak menggunakan ungkapan idiomatik dalam ayat mereka.



Ini berlaku kerana mereka cenderung untuk menterjemah perkataan dalam bahasa ibunda mereka terus ke dalam perkataan Inggeris. Hasilnya kadangkala membuatkan ayat mereka gagal mencapai apa yang ingin disampaikan oleh penceramah. Walaupun tatabahasa mereka OK tetapi ayat mereka kurang pukulan. Semasa hari pertama kerja rasmi pertama saya, saya telah menggunakan frasa ini dalam perbualan saya dengan atasan saya - hujung gunung ais. Kemudian serta-merta atasan saya hampir menjerit - Wah! Awak terer English lah. Nah... Saya fikir - Eemm... begitu mudah untuk membuatnya kagum. Ia terkena paku di kepala! Tetapi jangan melompat senapang, bahasa Inggeris saya tidak begitu baik, saya hanya mencuba yang terbaik untuk menggunakan ungkapan idiomatik di mana mungkin. Ya, ia bukan sekeping kek tetapi tidak memerlukan lengan dan kaki untuk mempelajarinya. Mari cuba menterjemah beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris: - Saya terserempak dengan Pak Abu semalam. - Awak ni buat saya jadi gila. - Merajuk lah konon. Selamat berhujung minggu! *Hantaran di atas adalah hasil terjemahan Google dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Sebab tu lain macam bunyinya ha ha ha.

Friday, April 15, 2022

Pembaziran di Bulan Mulia

 3 Pembaziran Buat Kebanyakan Orang Islam di Bulan Ramadan

1 - melanggan bufet Ramadan yang mahal harganya 2 - membeli dan membakar bunga api atau mercun 3 - membeli pelbagai juadah di bazar Ramadan melebih keperluan Semoga kita semua dapat menghayati ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini.

Saturday, March 26, 2022

Maksud 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit'

Terasa nak main2 dengan Excel pulak hujung2 minggu ni...


Kalau kita ada RM10 ribu, katakan setiap tahun dapat dividen 5%. Selepas 30 tahun, dia jadi RM43 ribu. Wow! Banyak tu. Tapi itu kalau panjang umur lah. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah adalah sebaik2 perancang. Jika minat nak belajar Excel, saya ada buatkan tutorial asas yg ringkas di YouTube - https://youtube.com/playlist?list=PLb4IzBdoNIZnI5lcYzfhuCecTVee_XqRU Semoga bermanfaat selagi ada hayat.

Saturday, March 19, 2022

Memiliki Komputer Sendiri

Bolehkah penuntut institusi pendidikan tinggi tidak memiliki komputer sendiri sepanjang tempoh belajar pada tahun 2021?

Majoriti atau mungkin keseluruhan sesi pembelajaran atau kelas pada tahun 2021 diadakan secara atas talian. Untuk sesi seperti ini, penggunaan smartphone sepenuhnya adalah tidak mustahil. Ini kerana aplikasi seperti Google Meet, Zoom, Webex, Teams dan seumpamanya boleh digunakan pada phone. Cuma, apabila hendak membuat assignment, pada saya adalah mustahil untuk bergantung kepada phone semata-mata. Walaupun aplikasi seperti Excel, Word, PowerPoint, Google Spreadsheet, Google Doc, Pages, Numbers, Keynote dan seumpamanya ada pada phone tetapi tanpa keyboard dan mouse, saya rasa adalah teramat sukar dan leceh utk menggunakan phone. Pilihan yang ada pada penuntut yang tiada komputer ialah untuk meminjam daripada kenalan atau menyewa komputer di pusat siber. Kaedah ini membolehkan beliau menyiapkan assignment tetapi pastinya terbatas dari segi masa. Bila pinjam, tak boleh lah lama-lama dan kena pulangkan segera kerana pemilik asal pun mungkin nak guna juga. Kalau sewa, kena ikut waktu kedai dibuka pula. Walaupun begitu ia tidaklah mustahil. Atas faktor ini, pemilikan komputer peribadi oleh penuntut institusi pendidikan tinggi adalah satu kemestian sebaik sahaja mereka telah mendaftar masuk (bukan sewaktu memohon). Jika penuntut ada masalah untuk memenuhi syarat ini, pihak-pihak berkenaan wajiblah bantu. Saya dulu di awal 90an, pernah menuntut di ITM (kini UiTM). Hanya guna komputer di makmal sahaja - itu pun ada jadual atau giliran tertentu. Tapi adalah sangat tidak adil untuk buat perbandingan penggunaan komputer di kalangan penuntut pada tahun 90an dan 2021. Teringat saya kata2 Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub yg saya pernah baca - 'tujuan asal penubuhan institusi ini ialah untuk membantu golongan Melayu dan Bumiputera yang miskin dan ketinggalan pada masa itu.' Adalah amat mendukacitakan selepas 60 tahun, jika masih ada penuntut institusi pengajian tinggi yang tidak dapat memiliki komputer sendiri. Sudahlah begitu, ada pula kalangan terpelajar yang sedang menikmati kemakmuran negara, merasa seolah2 terbeban pula dengan golongan penuntut seperti ini.

Saturday, March 12, 2022

Alfatihah Untuk Ayahanda

Berbanggalah dengan apa yang anda lakukan dan dengan pencapaiannya.



Ini adalah foto lama almarhum ayahanda saya di kebunnya. Dia secara aktif mengusahakan kebun selepas bersara dari tentera. Selain menguruskan kebunnya sendiri (hampir 20 hektar), beliau juga diamanahkan oleh rakan-rakan untuk memantau hampir 100 hektar kebun dan ladang pokok getah. Saya dapat melihat betapa bangganya dia dari foto ini. Al fatihah untuk Ayahandaku.