Cara nak tengok lot tanah atas peta satelit dengan menggunakan portal Sistem Maklumat Guna Tanah Perancangan Bersepadu (i-Plan).
Melalui portal ini, pemilik tanah boleh melihat tanah lot mereka atas peta satelit yg disediakan oleh Bing map (Microsoft).
Jadi boleh tengoklah tanah kita tu dekat jalan besar ke, berhampiran sungai ke, segi empat atau banyak bucu dsbnya.
Walaubagaimana pun peta satelit ini dikemaskini ikut suka pihak yg mengeluarkannya. Ada imej yg diambil 5 tahun lepas, ada yang tahun ini. Jadi apa yg kita lihat tak semestinya sama dgn keadaan sebenar.
Ini portalnya : https://iplan.townplan.gov.my/public/geoportal?view=semasa
No comments:
Post a Comment