Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran arwah ayah saya. Beliau lahir pada tahun 1940.
Gambar ini dikongsikan oleh kenalan beliau dengan tulisan berikut : “Ke empat-empat tokoh pejuang tanahair Negeri Pahang telah kembali kerahmatullah, Terakhir hari semalam Allahyarham tn Hj Sheikh Husin bin Sheikh Jaafar meninggal selepas isyak mengikut balu arwah. Dari kiri : Tn Hj Zainuddin Tmn Sri Semantan. Tn Hj Sheikh Husin Tn Hj Samsuddin ( Ayanda Mantan YB Dato Sri. Sharkar Tn Hj Johar ( Mantan Penghulu Mtkab Abang kpd allahyarham Hashim JP)”.
Saya tahu ayah saya memang pernah mendapat penghargaan atas jasa beliau kepada negara. Tapi malangnya saya kurang arif apakah pingat2 tersebut. Saya akan cuba selidiki. Sesungguhnya beliau memang orang yang hebat.
Al-fatihah kepada arwah ayahanda ku dan rakan2 pejuang tanahair semuanya.