Saya gunakan app Truecaller utk tapis panggilan mengarut yg masuk ke phone - https://www.truecaller.com/
Melalui app ini, kita juga boleh bantu org lain supaya tak terkena dgn spammers. Semoga bermanfaat.Tiada topik yang khusus. Mana yang terlintas aje dan ada kesempatan untuk diblogkan.
Saturday, January 29, 2022
Saturday, January 15, 2022
MOC Lego
I just saw a post on LEGO Flight Simulator video by Brick Science YouTube Channel.
Thus, I also want to share my Flight Simulator MOC. 100% Technics parts. Test of Flight Simulator with toy plane - https://youtu.be/Z1PJn4WG-94 3 mode of Flight Simulator - https://youtu.be/Vkr7izlPdW4 Test of Flight Simulator with LEGO MOC planes - https://youtu.be/KmuvXjYbE3kSaturday, January 01, 2022
PETRONAS SETEL - saya tolong promote!
Penggunaan bahan api saya pada tahun 2021 berdasarkan rekod daripada Petronas SETEL.
2463 liter kebanyakannya Petronas Diesel Euro 5. Secara kasar, jumlah jarak adalah kira-kira 34000 km. Ini berdasarkan 14km/l penggunaan bahan api kereta saya. Saya sangat menyukai aplikasi SETEL Petronas kerana saya boleh menjejaki penggunaan bahan api saya. Sudah tentu faedah utama saya tidak perlu pergi ke kaunter untuk mengisi. Selain itu, dengan SETEL dan Kad Kesetiaan Mesra Petronas, saya mendapat faedah PA percuma RM50000. Jika anda ingin menikmati faedah ini, berikut adalah pautan untuk mendapatkannya. (Saya menyalin ini daripada halaman promosi Rujuk Rakan) Gunakan Setel untuk mengisi minyak dan membeli-belah dengan lancar di stesen PETRONAS. Setel dengan saya dan kami akan menikmati RM5 selepas anda menambah nilai dan/atau pembelian min. Bahan api bernilai RM30 atau pesanan Deliver2Me. Kod rujukan saya: 49yf https://www.setel.com/ref/49yf #setel #petronas (Terjemahan langsung daripada Bahasa Inggeris oleh Google Translate)Friday, September 10, 2021
Saturday, February 27, 2021
Blog Panduan Jual Gambar Online
Saya telah membangunkan satu di https://bbnujualgambar.blogspot.com/ bagi tujuan berkongsi pengetahuan cara nak jual gambar secara online khasnya menggunakan platform Shutterstock.
Saya merancang untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman saya kepada mereka yang baru nak menceburkan diri dalam bidang ini.
Sebab itu nama blog ini ialah Bbnujualgambar - Budak Baru Nak Up.
Rajin2lah ikuti artikel yang bakal saya kongsikan. Anda juga dijemput untuk memberikan komen atau tips.
Semoga ada manfaat.
Saturday, November 28, 2020
Blog Koleksi Pantun Bergambar
Saya telah membuat satu blog khusus untuk memaparkan pantun yang berlatarbelakangkan gambar yang menarik.
Pantun dan gambar adalah dari koleksi saya sendiri.
Klik sini - https://koleksipantunbergambar.blogspot.com
Tuesday, October 27, 2020
Visi Drone Pembantu Peribadi
Mod Pemeriksaan
Mod Perisikan / Pengesanan
Mod Kecemasan / Bantuan
Mod Tugasan Khas
Sunday, October 13, 2019
Car accompaniment drone
Small drone placed on top of your car and will fly only when required. After completing the mission, will come back to you. Once landed will be automatically re-charge.
Features :
Inspection Mode
- check car exterior condition (light, tyre, dent, paint etc.)
- check car status after accident
- check cleanliness
- Reconnaissance Mode
-- what happens in front (accident, lane closure, dangerous object - debris, oncoming vehicle, road block, stationary vehicle, flood, pothole etc.)
-- what is best route (which lane is faster, any exit lanes)
-- is the destination ready (gate/garage door opened, some one already waiting)
- Emergency Mode
-- as signal booster (WiFi, 3G/4G extender)
-- display distress signal on the sky
-- carry oxigen tube if car goes underwater
-- connect to electrical point / fuel pump thru a flexible pipe
-- get help with air speakers
- General Purpose Mode
-- spot indicator as landmark
-- put up advertisement bunting
-- play music to surrounding
-- as temporary sound system
Some constraints :
- strong wind
- too many similar devices flying at same time
- vandalism
- permit /authority requirement
- drone speed
Additional features : - As spotlight/torchlight for surrounding area
- Check when traffic light goes green
- AI to study traffic light change pattern
- Check vacant parking slot--no need to pusing2
- Check external air quality - safe to go out?
- Notify other drivers through hologram display (don't drive if sleepy, move faster lah, your fuel cap no cover, thank you for giving me way, thanks for being ethical driver etc.)
- Deliver/collect small parcel
- Car selfie ha ha ha
- Capture accident visual evidence
- Is it safe to overtake?
- Check hidden speed trap.. Opps
- Capture panoramic photos
- Traffic guidance (follow me)
- Catch/locate the hit and run driver
Saturday, September 21, 2019
Future of football
Tuesday, August 23, 2016
Thursday, October 22, 2015
5 Tips Email Berkesan
Berikut ialah 5 tips untuk menjadikan komunikasi melalui email anda berkesan :
1. Tajuk email (subject) yang ringkas dan bermaklumat
Tajuk yang baik ialah yang ringkas, bermaklumat dan memberi panduan kepada penerima untuk membaca sepenuhnya kandungan email. Tajuk yang buruk tidak akan mengundang penerima untuk membuka email tersebut. Biasanya, email berkenaan akan ditangguh baca, tidak dibaca langsung, atau lebih malang dipadam terus (delete).
2. Memilih dengan tepat penerima email (To, Cc & Bcc)
Gunakan kepada (To) hanya untuk penerima yang anda mengharapkan balasan atau perlu mengetahui maklumat yang ingin disampaikan. Salinan Kepada (Carbon Copy) pula untuk mereka yang mungkin perlu tahu tapi tidak perlu kepada tindakan dan balasan. Biasanya sesesuai digunakan untuk pegawai atasan kepada penerima. Manakala Blind Carbon Copy pula apabila komunikasi email tersebut ingin dirahsiakan daripada pengetahuan penerima asal kepada siapa lagi ianya dihantar. Ia juga boleh digunakan untuk membuat salinan kepada email pendua (backup) anda.
3. Meletakkan ‘signature‘ yang sempurna
‘Signature’ adalah maklumat tambahan yang kita letakkan di akhir email. Ia biasanya mengandungi nama dan beberapa maklumat lain yang menerangkan siapa kita. Signature yang sempurna membolehkan penerima mengetahui siapa kita dan ini memberi lebih kekuatan kepada email tersebut. Maklumat pada signature juga mungkin berguna sebagai maklumat tambahan untuk kita dihubungi selain beremail . Maklumat seperti nombor telefon, jawatan, jabatan dan alamat membentuk signature yang sempurna.
4. Tidak terlalu berformat dan penuh hiasan
Kandungan email tanpa format (bold, bergaris, font) yang berlebihan dan tanpa hiasan (imej sebagai background) adalah lebih mudah dibaca terutamanya jika menggunakan telefon pintar. Perlu diingat, bukan semua penerima menggunakan perisian email yang sama dengan anda. Jadi email yang anda hantar mungkin tidak akan dapat dipaparkan dengan sempurna pada perisian email penerima.
5. Beri balasan (Reply)
Dalam banyak keadaan, penghantar email memerlukan anda memberi balasan, kecuali ‘spam’ di mana anda tidak perlu langsung membalasnya. Balasan email merupakan pemberitahuan bahawa email anda telah diterima atau difahami. Cukup sekadar membalas dengan perkataan ‘OK’. Dan balasan hendaklah dilakukan segera berdasarkan keperluan dan keadaan.
Semoga dengan tips ringkas di atas dapat membantu anda menjadi lebih efektif dan seterusnya meningkatkan produktiviti. Manfaatkan ilmu yang ada untuk jadikan anda pengguna IT yang bijak.
Saturday, July 20, 2013
Al Quran Terjemahan Android
Friday, October 07, 2011
Al Quran Terjemahan versi HTML
Tuesday, March 18, 2008
Tuesday, March 13, 2007
Saya sedang membuat satu projek eksperimen untuk berkempen mendidik warga internet supaya tidak memotong Q di dalam menjalankan kegiatan harian mereka.
Satu web yang dinamakan www.janganpotongq.com telah saya bangunkan. Web ini hanya mengandungi satu page sahaja dan isi utamanya ialah perkataan-perkataan Jangan Potong Q serta beberapa teks ringkas mengenai potong Q.
Ia juga mengandungi skrip web yang boleh dicopy dan paste untuk para webmaster/pemilik blog letak di laman mereka jika ingin turut sama menyertai kempen ini. Apabila skrip ini digunakan, ianya akan mempamerkan perkataan JanganPotongQ dan jumlah page view atau hit untuk web www.janganpotongq.com. Jadi, semakin besar nilai ini, bermakna semakin ramai orang telah membaca mesej yang ingin disampaikan.
Sila ke www.janganpotongq.com untuk beri komen.
( Projek ini dimulakan pada April 2006 )
Wednesday, February 28, 2007
Saya ingin berkongsi pengetahuan berkaitan pembangunan Intranet utk organisasi. Sekarang saya sedang menguji Joomla sebagai asas.
- Apakah komponen yang anda rasa patut ada pada Intranet ?
- Di manakah anda dapatkan skrip percuma utk Intarnet anda ?
- Bagaimana nak popularkan intranet kpd ahli2 ?
- Di mana anda dapatkan info berkaitan pembangunan Intranet ?
Jika ingin berkongsi ilmu, silalah berhubung dgn saya.
Wednesday, August 30, 2006
Aduh! Kerana hit yang tinggi akibat penggunaan skrip PERL/CGI , mukmin.info down lagi sekali.
Ini adalah kali ke 4 ianya berlaku sejak mukmin.info dibangunkan.
Saya terpaksa mencari ISP yang lain untuk hostkan laman ini.
Doakan semoga saya mempunyai kekuatan untuk melakukannya.
Kepada yang menggunakan skrip waktu solat, carilah alternatifnya di laman web JAKIM.
Harap maaf dan maklum.
Thursday, June 30, 2005
Kebanyakan kita, pengguna komputer hanya kenal Intel sahaja. Ini kerana Intel sangat popular berbanding
Intel ? Jika ditanya kepada saingan Intel iaitu AMD, jawapannya ialah Intel main kotor. Intel menggunakan pelbagai helah untuk memonopoli pasaran.Berikut ialah aduan AMD kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat berkaitan strategi tidak adil Intel untuk menjatuhkan saingannya.
http://www.amd.com/us-en/Weblets/0,,7832_12670_12684,00.html?redir=CORBF02
Antara intipati aduan tersebut ialah:
- memaksa pelanggan utama untuk menerima tawaran eksklusif
- menahan rebat dan subsidi pemasaran sebagai hukuman kepada pengguna yang membeli lebih processor dari AMD
- memberi amaran tindakan balas kepada pelanggan yang membuat urusan perniagaan dengan AMD
- memaksa pembuat PC untuk memboikot pelancaran produk AMD
Pada pendapat saya, pertandingan yang sihat adalah baik utk pengguna. Ini kerana pengguna akan sentiasa mendapat produk yang terbaik dan mempunyai pilihan yang lebih banyak. Misalnya di Malaysia, apabila syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan Digi bersaing untuk mendapatkan pelanggan, kadar harga semakin murah dan menguntungkan pengguna. Tetapi jika tiada persaingan seperti ini contohnya Telekom yang tiada saingan kuat, pengguna terpaksa menerima apa saja yang ditawarkan oleh mereka.
Kalau AMD berjaya mendapat perhatian dari usaha mereka ini, saya pasti pada masa akan datang pengguna akan mendapat lebih banyak manfaat. Harga processor akan lebih murah tetapi prestasi akan meningkat tinggi.









