Tuesday, March 13, 2007

Projek Eksperimen : JANGANPOTONGQ.COM

Saya sedang membuat satu projek eksperimen untuk berkempen mendidik warga internet supaya tidak memotong Q di dalam menjalankan kegiatan harian mereka.

Satu web yang dinamakan www.janganpotongq.com telah saya bangunkan. Web ini hanya mengandungi satu page sahaja dan isi utamanya ialah perkataan-perkataan Jangan Potong Q serta beberapa teks ringkas mengenai potong Q.

Ia juga mengandungi skrip web yang boleh dicopy dan paste untuk para webmaster/pemilik blog letak di laman mereka jika ingin turut sama menyertai kempen ini. Apabila skrip ini digunakan, ianya akan mempamerkan perkataan JanganPotongQ dan jumlah page view atau hit untuk web www.janganpotongq.com. Jadi, semakin besar nilai ini, bermakna semakin ramai orang telah membaca mesej yang ingin disampaikan.

Sila ke www.janganpotongq.com untuk beri komen.

( Projek ini dimulakan pada April 2006 )

1 comment:

Anonymous said...

Sdr Zumaidi,
assalamu'alaikum.

TAHNIAH di atas perkhidmatan sejagat yang diberikan. InsyaAllah ada baraqahnya.

Terima kasih, kerana saya telah memanfaatkan di blog saya.

Salam. hjSab2