Sunday, October 05, 2025

3 Features That I like the Most on Petal Maps

I’ve been using Petal Maps for the past two years, and honestly, I loved it since day one. Let me share the three features I find most useful as a traveller, and why they make such a difference for me.

1. Integration with Public Transport

Most people think Petal Maps is just like Google Maps or Waze which is mainly for drivers. But I’ve discovered it is so much more than that, and I’m glad it is fully supported here in Malaysia.

Since I drive and also use public transport, I really appreciate how Petal Maps shows nearby MRT, LRT and even KTMB stations directly on the map. It doesn’t stop there, it also lists the service provider, the routes, and even the walking distance. That’s been a lifesaver whenever I’m deciding whether to walk or wait for the next train.

There are many days I’d rather leave the car at home to avoid traffic jams, parking stress, or fuel costs. On those days, I just switch to Petal Maps's public transport mode, enter my destination, and instantly get multiple route options with travel times, station details, and walking paths. I can even set my departure time in advance, which helps me plan my day better.

At this point, Petal Maps feels less like “just another navigation app” and more like a reliable travel companion that makes city commuting much easier.

2. Smart Alerts for RSA Information

Ever been on a highway and suddenly needed a stop? I’ve had those moments, and Petal Maps really comes through. On the main screen, it shows the nearest Rest & Service Area (RSA), complete with details like availability of petrol stations, toilet, parking and food options.


What I love most is how automatic it is. No typing, no searching, no fuss, the information just remains on the screen, even with live updates about the next stop. Perfect for deciding when to stretch my legs, grab some snacks, or refuel.

And if the voice assistant is on, it announces the information in advance, so I don’t even need to look at the screen. For now, it only works on highways (not regular roads yet), but it already makes road trips smoother and less stressful. As a driver, I get to stay focused on the road while Petal Maps handles the details.

3. Dynamic Traffic Bar

This might sound small, but the traffic bar has become one of my favourite features. At a glance, I can see if my route is clear, slightly slow or jammed up.



Of course other navigational apps show traffic conditions on the map, but Petal Maps’s traffic bar gives the whole journey’s traffic situation in a simple line. It saves me the stress of guessing what’s ahead. If I see heavy traffic before I even leave, I can choose to wait it out or pick another route.

I also like how it can tell where the jam is happening. If it’s near my destination, I usually know a few alternative roads I can switch to. If it’s in the middle of the journey, I might avoid that stretch altogether. This feature alone has saved me a lot of wasted time (and frustration).

There are more features I could talk about, but these three really stand out for me. Overall, I’m very satisfied with Petal Maps as a tool that makes my travelling easier, more confident, and more convenient. I’m already at Level 50 with 20 badges so far, and I really admire how Petal Maps appreciates its users thru these incentive and fun rewards.

Thank you, Petal Maps, for making every journey smoother.

#PetalMaps5thAnniversary

#ExplorewithPetalMaps

Saturday, June 14, 2025

Cadangan Projek: Semantan Outdoor Training Centre

Lokasi: Berhampiran Sungai Semantan, Temerloh, Pahang

Keluasan: 10 ekar

1. Ringkasan Eksekutif

Semantan Outdoor Training Centre dicadangkan sebagai sebuah pusat latihan luar yang bersifat komersial untuk pelbagai aktiviti fizikal, motivasi dan pembangunan sahsiah. Terletak 500 meter dari Sungai Semantan dan 6 km dari Plaza Tol Temerloh, lokasi ini strategik untuk menarik pelajar, agensi kerajaan, syarikat korporat dan NGO.
Tambahan kepada kawasan utama, satu kawasan khas seluas 1 ekar yang terletak betul-betul di tepi sungai turut dikenalpasti dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada projek ini. Kawasan ini akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti air yang akan memberi nilai tambah dari aspek pembelajaran, pelancongan, dan pemuliharaan sungai.

2. Latar Belakang & Objektif

Cadangan projek ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan latihan luar yang berstruktur dan selamat, dalam suasana semula jadi yang sesuai untuk pembangunan kendiri dan berkumpulan. Objektif utama ialah:

  • Menyediakan platform latihan lasak dan pembinaan pasukan
  • Menyokong pembangunan sahsiah dan kepimpinan
  • Menjadi tarikan aktiviti eko-pelancongan dan latihan korporat

3. Cadangan Susun Atur Tapak

Kawasan 10 ekar utama:

  • Zon Perkhemahan
  • Laluan Obstacle & Flying Fox
  • Dewan Terbuka dan Asrama
  • Dewan Latihan & Bilik Seminar
  • Padang Terbuka
  • Surau, Dapur & Tandas
  • Parkir & Pejabat Pengurusan

Kawasan Tambahan 1 Ekar (Tepi Sungai Semantan):

  • Jeti Kecil & Lantai Aktiviti
  • Rakit & Kayak
  • Demonstrasi Ternakan Ikan dalam Sangkar
  • Tapak Menjala dan Memasang Jaring
  • Kawasan Memancing
  • Titik Permulaan River Cruise Sungai Semantan

4. Cadangan Pembangunan & Susun Atur

Kawasan seluas 10 ekar akan dibahagikan kepada 6 zon utama seperti berikut:

ZonLuas (Ekar)KomponenFungsi
Zon 1: Pentadbiran & Penerimaan1.5Pejabat, dewan taklimat, kantin, parkirPusat pendaftaran dan pengurusan
Zon 2: Penginapan1.5Dorm, tapak khemah, chaletKemudahan bermalam peserta dan fasilitator
Zon 3: Aktiviti Lasak3.0Flying fox, high/low rope, obstacle courseAktiviti cabaran fizikal dan mental
Zon 4: Rekreasi2.0Denai hutan, taman refleksologi, padangAktiviti ringan dan santai
Zon 5: Agro Edukasi1.0Mini kebun, ternakanPembelajaran alam dan kelestarian
Zon 6: Aktiviti Air1.0Kayak, rakit, menangkap ikanPembelajaran alam dan kelestarian berasaskan sungai

5. Fasa Pembinaan & Anggaran Kos

Pembangunan dicadangkan dalam tiga fasa utama:

  • Fasa 1:
    • Pejabat, dewan taklimat, dorm, tapak perkhemahan
    • Infrastruktur asas (air, elektrik, tandas, parkir)
  • Fasa 2:
    • Obstacle & rope course, surau, kantin, denai, chalet
  • Fasa 3:
    • Zon Aktiviti Air

Anggaran Kos Permulaan:

KomponenAnggaran Kos (RM)
Dewan Taklimat & Pejabat150,000
Dorm Asrama250,000
Tapak Perkhemahan + tandas50,000
Obstacle & Rope Course200,000
Parkir & Jalan Berturap80,000
Surau + tandas60,000
Kantin / Dewan Makan100,000
Infrastruktur asas100,000
Zon Aktiviti Air (1 ekar)120,000
JUMLAH KASAR1,110,000

6. Justifikasi Penambahan Zon Aktiviti Air

  • Akses langsung ke sungai membolehkan program outdoor merangkumi aspek air
  • Pembelajaran berasaskan alam nyata seperti ekologi sungai dan keselamatan air
  • Menambah nilai komersial dengan pakej lawatan
  • Potensi kerjasama dengan agensi perikanan dan sekolah
  • Aktiviti tahunan seperti sukan air atau ekspo sungai

7. Aktiviti Yang Dicadangkan di Kawasan Tepi Sungai

Jenis AktivitiKeterangan
Kayak & RakitUntuk pengukuhan fizikal dan teamwork
Sangkar IkanPendidikan akuakultur & sumber pendapatan komuniti
Memancing & MenjalaPengenalan kaedah tradisional & moden
Demo Memasang JaringPembelajaran hands-on berkaitan perikanan
River CruiseLawatan interpretatif sepanjang sungai Semantan

8. Sasaran Pengguna

  • Pelajar sekolah & institusi pengajian tinggi
  • Syarikat korporat & pasukan kerja
  • Agensi kerajaan & NGO

9. Manfaat Sosial & Ekonomi

  • Peluang pekerjaan kepada komuniti
  • Meningkatkan pelancongan dan latihan di Temerloh
  • Pusat pembangunan kendiri pelbagai golongan

10. Fasa Pelaksanaan

  • Fasa 1 (0–6 bulan): Kerja tanah, jalan masuk, pembinaan asas
  • Fasa 2 (6–12 bulan): Zon aktiviti fizikal dan air
  • Fasa 3 (12–18 bulan): Peralatan air, latihan staf, pembukaan rasmi

11. Kawasan Menarik Sekitar

  • Laman Sakinah: Homestay & resort
  • Perry Barr La Ganta Residence: Penginapan dengan kolam renang
  • Masjid: As-Sobirin, Kg Raja Songsang, Seri Semantan
  • Pengangkutan: Stesen KTMB Mentakab, Bas Temerloh
  • Pekan Sari: Pasar pagi Ahad sejak 1900-an
  • Gobang Maju: Restoran Ikan Patin

12. Penutup & Syor Tindakan

Cadangan ini diharap menjadi pemangkin latihan luar berimpak tinggi. Disyorkan untuk mulakan Fasa 1 secara modular berdasarkan kewangan.

Lampiran: Peta Lokasi

Lakaran kasar susun atur:

Lakaran Lokasi

Tapak Cadangan Lokasi
Peta 3D Cesium
Peta 3D Google

Saturday, May 17, 2025

Congratulations! You've reached 1,000,000 views

I have reached 1,000,000 views for my ZooMyD YouTube channel.


Thank you for your support.

Scan below to visit. 



Saturday, April 26, 2025

My 2nd Payment for my ZooMyD YouTube channel!

 Alhamdulillah. Another great news!

Received my 2nd payment.


Here is the link to my YouTube channel. Thank you. 



Saturday, January 18, 2025

Congratulations! You've reached 2,500 subscribers

 I have reached 2,500 for my ZooMyD YouTube channel.



Thank you for your support.


Scan below :-)



Sunday, October 27, 2024

Another Milestone Achieved for zoomyd.xyz!

Now my site zoomyd.xyz can display ads and generate money. Well, not that it can make me super rich but OKlah for motivation.



Thank you Google Adsense for providing the platform. 

Saturday, June 29, 2024

Ulasan Awal Petal Maps

 Ulasan Awal Petal Maps 

Saya mula menyukai aplikasi Petal Maps berbanding Waze atau Google Maps sebagai bantuan navigasi waktu pemanduan di jalanraya.


Seperti juga Waze, Petal Maps bergantung kepada pengguna untuk menyalurkan maklumat insiden dan trafik, atau lebih dikenali sebagai konsep crowd sourcing. Setakat ini sebanyak 100 juta unit telah dimuat turun melalui Google Play Store. Jadi, semakin ramai orang menggunakannya, akan lebih berkualiti info2 yg boleh ditawarkan oleh Petal Maps. 

Antara ciri2 kelainan Petal Maps berbanding Waze mahupun Google antaranya ialah :

- paparan animasi 3D bantuan lorong. Paparan khas ini akan pop-up bila anda tiba di persimpangan yg agak kompleks. Bantuan ini memudahkan anda utk berada di lorong yg betul sebelum memasuki persimpangan. 

- paparan imej cuaca spt hujan, mendung dsbnya. Laporan ramalan cuaca di PM agak extensive - buka saja app PM, animasi ramalan cuaca di lokasi akan keluar dalam beberapa saat. PM juga ada menu khas ramalan cuaca setiap jam untuk 1 bulan. Ia mengandungi keadaan cuaca spt hujan, cerah dsbnya dan juga suhu. PM juga akan memberi notifikasi keadaan cuaca. 

- berapa bilangan lampu trafik yg akan ditempuhi. Selain lokasi lampu trafik, bilanganya di sepanjang laluan juga akan ditunjukkan. Ini bukan saja memberi idea utk anda mencari route alternatif sekiranya tak suka lampu trafik tapi juga mengira penambahan masa dalam perjalanan. 

- Paparan info tempat2 penting iaitu POI - point of interest. Ianya seperti hentian sebelah atau kawasan rawat & rehat di lebuhraya dan juga pondok tol dgn bayarannya sekali. Terowong juga akan ditunjukkan sekiranya anda akan melaluinya. 

- harga tol sewaktu paparan pilihan route. Jadi anda boleh pilih route mana yg lebih rendah kosnya. Ini secara tak langsung membantu anda utk beringat top-up TnG atau bersedia dgn kad debit/kredit. 

- pilihan jalan samada bawah atau atas. Ini berguna jika kita di lebuhraya yg bertingkat2 atau pun di jalan yg ada flyover. 

- laporan perjalanan mingguan anda dgn maklumat spt jarak dan masa perjalanan. Ada perbandingan dgn minggu sebelumnya. Ia bukan saja utk kereta tapi juga utk pejalan kaki dan penunggang basikal. Analisa ini mungkin berguna utk membuat kiraan atau bajet kos minyak dan tol.

- laporan semasa spt kemalangan, polis, kesesakan, gangguan jalan dsbnya. Ini hampir sama dgn Waze manakala Google Maps tiada utiliti spt ini. Walau bagaimana pun info adalah bergantung kpd sumbangan pengguna lain. Pastinya lokasi kamera had laju dan lampu merah juga diberikan. 

- paparan had laju jalan dan kelajuan kenderaan anda. Ini ada di semua app termasuklah PM. 

- paparan 3D yg realistik dlm format 4K di mana bangunan2 yang popular spt Menara Berkembar Petronas ditunjukkan dalam 3D. Untuk mod gelap atau hari malam, lampu bangunan dan lampu jalan juga akan menyala. Sangat menarik utk dilihat grafik yg macam realistik ini. Anda boleh memilih utk paparan 2D atau 3D.

- penunjuk arah kiblat yg terbina dalam merupakan satu utiliti yang amat berguna utk orang Islam bukan sahaja sewaktu perjalanan atau tidak. Anda tak perlu menginstall app lain2. 

- pengukur jarak dan luas kawasan adalah satu lagi utiliti tambahan yang boleh digunakan samada utk ukur jarak jalan ataupun luas sesuatu kawasan. Walaupun ia agak luar biasa utk App navigasi, utiliti seperti ini amat berguna dalam keadaan tertentu. 

- bantuan suara pemanduan yang bukan sahaja memberi panduan jelas spt bila nak tukar lorong atau apa yg ada di hadapan tapi juga amat prihatin dgn keselamatan. Ia akan mengingatkan anda utk berhati2 dgn kenderaan yg keluar dari simpang. Ada banyak bahasa yg anda boleh pilih ikut kesukaan. 

- Ada beberapa info ringkas yang berguna spt:

-- masa perjalanan ke rumah atau pejabat dari lokasi anda. PM akan berikan jangkaan masa perjalanan walaupun anda tidak mengaktifkan mod pemanduan.

-- harga anggaran Grab utk ke lokasi yg dicari 

-- maklumat dan review tempat makan, hotel yg popular di sekitar anda 

-- peta status trafik semasa 

-- lokasi stesen minyak berhampiran dgn harga minyak terkini 

-- lokasi EV Charger, tandas awam, restoran, bengkel berhampiran

-- perkongsian lokasi semasa dgn pengguna aplikasi lain 

-- laporan penggunaan mingguan 

-- meletak shortcut di home screen phone utk destinasi rumah dan pejabat 

Dan satu lagi yg hebat pada PM ialah utiliti perjalanan konvoi atau Team Map. Saya tak berpeluang utk ulas kerana belum guna. Tapi apa yg saya faham ialah sekiranya anda berkonvoi, semua ahli kumpulan boleh buat satu team dalam PM dan akan mendapat kemaskini lokasi secara real time. 

Selain untuk pemanduan, PM juga boleh digunakan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal. PM akan mengira jumlah kalori yg dibakar apabila anda berjalan. 

Selain pada phone, PM juga boleh diinstall di Android Player kenderaan dan jam pintar. Dan anda boleh menggunakan satu akaun yg sama utk ketiga2 peranti serta membuka secara serentak. 

Peta yg digunakan oleh PM adalah daripada TomTom. Sebarang pembetulan atau penambahan kpd peta mungkin akan ambil sedikit masa berbanding Waze. Dalam hal ini, Waze menawarkan peta yg dikemaskini dgn pantas, mungkin tak sampai satu hari dah ada kemaskini. 

PM ada utiliti utk anda memberi feedback terhadap peta mereka spt lokasi yg salah, tak wujud dan sbgnya. Apa2 masalah PM juga boleh ditanya atau disalurkan melalui FB khas utk kawasan South East Asia. Setakat ini saya dapati respon mereka adalah cepat. 

Bagi pengguna phone Huawei model tertentu, PM juga menawarkan beberapa utiliti tambahan. Malangnya saya tak pakai phone Huawei jadi tak pasti utiliti2 tersebut. Mungkin mereka yg ada pengalaman boleh share. 

App PM ini boleh didownload di Google Play Store, Apple Apps Store dan semestinya Huawei Apps Gallery. Versi terkini selalunya lebih cepat akan ada di Huawei Apps. Adalah penting untuk anda update atau kemaskini app PM melalui menu yg disediakan dalam app bukannya melalui Google Play. Versi untuk Android adalah lebih terkini berbanding IOS. 

Buat masa ini PM tidak menyokong Android Auto atau Car Play. 

Semoga bermanfaat. 

#petalmaps

Saturday, April 27, 2024

My Personal Site is Up - zoomyd.xyz

htpps://zoomyd.xyz is for me to share useful web scripts on GIS, mapping, Data Visualisation and tools for Muslim. 

Now it is already searchable on Google. 

Next is to place some ads from Google Adsense ;-) 

Domain and hosting package from Jimat Hosting.



Saturday, December 23, 2023

Video 2 minit yang buat duit...

Video pendek 2 minit tutorial Excel ini merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan saya di YouTube.


Saya kongsikan di sini kot2 ada yang berminat nak buat sedikit duit poket melalui YouTube. Mungkin konsep video ini boleh memberi idea untuk anda pula.

Alhamdulillah pada bulan lepas saya sudah mendapat bayaran pertama daripada YouTube sebanyak USD100 untuk koleksi video2 saya yang lain.

Saturday, October 28, 2023

My 1st YouTube Channel Payment!

 Alhamdulillah.

I got my 1st payment from my ZooMyD YouTube channel.


Really appreciate for all your support. 

Scan below. 



Saturday, October 07, 2023

LEGO Technic simple reciprocating machines

6 LEGO Technic simple reciprocating machines. This is to demonstrate engineering concept of reciprocating motion mechanism. Reciprocating motion or movement also called reciprocation, is a repetitive.of up and down or back and forth linear motion.


Free build instruction is available at my LEGO MOC repository - https://rebrickable.com/users/zumaidi/mocs/

Btw, MOC is acronym for My Own Creation. This term is used by LEGO community to describe new build that is created by individual.

LEGO Technics refers to one of themes that LEGO produce that specialised in mechanism builds with or without motor.

Saturday, September 23, 2023

Alfatihah Untuk Ayah

 Semoga arwah ayahandaku damai di sana.


*Ayahanda pulang ke rahmatullah pada 23 Sep, 3 tahun yg lepas.

Saturday, September 16, 2023

Selamat Hari Malaysia

Sempena Hari Malaysia saya kongsikan 1 gambar sewaktu bercuti di Kuching, Sarawak beberapa tahun yang lalu. Teringat masa darjah 6 di SRJB, Temerloh ada ujian ejaan. Saya salah eja Sarawak, guna huruf e - Serawak. 🤭 Ada rezeki nak pergi lagi ni, InsyaAllah 🥰


Sempena Hari Malaysia saya kongsikan 1 gambar sewaktu bercuti di Kuching, Sarawak beberapa tahun yang lalu.

Teringat masa darjah 6 di SRJB, Temerloh ada ujian ejaan. Saya salah eja Sarawak, guna huruf e - Serawak. 🤭

Ada rezeki nak pergi lagi ni, InsyaAllah 🥰

Wednesday, September 06, 2023

Google Earth 3D di Shah Alam

Berita baik! Google telah mengaktifkan mode peta satelit 3D di Shah Alam.

Tiktok -  https://vt.tiktok.com/ZSLcb13SH/

Ianya sudah boleh dilihat melalui aplkasi mobile Google Earth.


Dengan mode 3D ini, kita seolah2 boleh terbang mengelilingi Shah Alam kerana imej 3D adalah imej sebenar dari satelit. Cuma tak pasti tarikh imej tersebut.

Lokasi mana lagi di Malaysia yg sudah ada mode 3D ini?

Friday, September 01, 2023

Landing kat Subang Airport

 


Pemandangan dari kokpit kapalterbang pendaratan di Lapangan Terbang Subang dijana oleh Google Earth Studio dalam versi 4K.

Saturday, August 26, 2023

Dusun Buah-buahan

Alhamdulillah, rezeki balik kampung di Temerloh.

Besar sungguh jasa arwah ayah yang berusaha keras utk bagi kesenangan anak2, cucu2, saudara mara dan kenalan agar dapat makan buah2an sendiri.

Semoga Allah menempatkan arwah ayahanda di kalangan orang2 yg soleh dan kuburnya menjadi taman syurga.









Sunday, August 20, 2023

Moh Kita Bertani!

 


Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan 2023 - UPM

Saturday, August 19, 2023

Lokasi kemalangan kapalterbang terhempas di Elmina

 https://www.tiktok.com/@zumaigtvzkl/video/7268638583706094849?_t=8eyEw84iWfp&_r=1

Lokasi kemalangan kapalterbang terhempas di Elmina menerusi imej satelit Google Earth.
Jarak lokasi berkenaan ke Lapangan Terbang Subang ialah 7km.

Semoga Allah menempatkan semua arwah di kalangan mereka yg soleh dan memberi kesabaran dan kekuatan kpd keluarga mereka.

Sunday, August 13, 2023

Senja di Putrajaya

 Menunggu senja di Putrajaya




Saturday, August 12, 2023

Night photography

Mana satu yang anda suka ?