iPhone 13 Pro
Portrait mode
edited
Tiada topik yang khusus. Mana yang terlintas aje dan ada kesempatan untuk diblogkan.
Asking for opinion - which is better? To adjust the perspective or not ?
My photo here was rejected by Shutterstock - both the original and edited version - https://www.facebook.com/groups/iPhotoAcademy/permalink/3452383055031806/?mibextid=W9rl1R
This video is to show how the long exposure effect on live photo can change the mood. As can be seen here, IMHO the view gives me more calmness feeling or serenity when the long exposure effect was applied. Any comment?
My YouTube Channel snapshot for 2022
Feel free to visit my channel - https://youtube.com/@zoomyd?si=EYl_DFCRwr6LUqJg
Betul dah tu, tapi...
Entah siapakah yang salah
Ku tak tahu
Bersangka baik mungkin dia nak tolak ke tempat yg disediakan tapi ada motor parking kat situ pulak....eemmm
Ternampak bungkusan buah manggis sewaktu beli belah di sebuah pasaraya.
Harganya hampir RM10 untuk lebih kurang 12 biji. Dah tak nampak fresh pun buahnya.
Teringat satu waktu dahulu, saya pernah jual satu biji satu sen. Buah manggis ni kalau dah petik tak boleh jatuh ke tanah. Kalau jatuh dia akan rosak.
Jadi petik sebiji dan masuk dalam bekas. Bila bekas dah penuh atau agak berat, baru turunkan untuk dimasukkan ke dalam guni.
Nasib baiklah pokok manggis senang dipanjat kerana banyak dahan dan pokoknya lurus je.
Itulah, dulu satu sen sekarang hampir satu ringgit sebiji. Kaya dah koi kalau dulu2, harga manggis macam ni. Ha ha ha
Isu beg berat adalah isu sejak puluhan tahun. Saya pernah menyuarakannya melalui PIBG pada tahun 2010 berdasarkan apa yang dialami oleh anak saya yang ketika itu di darjah 3.
Ini apa yang saya catitkan :
- Carian di Google mendapati "berat beg sekolah sepatutnya tidak lebih 15% dpd berat badan".
- Saya test beg anak saya yang berada di tahun 3 utk jadual hari Khamis.
- Ada sebanyak 32 buah buku di dalamnya. Ini merangkumi 6 Subjek.( kalau ikut garis panduan, bilangan subjek sehari tak boleh lebih daripada 5 )
- Berat keseluruhan buku2 tersebut ialah 6kg atau 27% drp berat badan anak saya iaitu 22kg
- Subjek BM sahaja ada 9 buku ( buku teks, buku aktiviti, buku tulis, buku ejaan dsbnya)
- Setiap subjek ada lebih daripada 1 buku yg perlu dibawa.
Jadi, pertanyaan saya kpd AJK PIBG:
- tak boleh ke untuk subjek BM misalnya, buku tertentu dibawa mengikut silabus? Bukannya angkut semua setiap kali kelas.
- Bila habis tahun, didapati ada buku2 yg digunakan hanya beberapa kali sahaja. Ada yg 2 mukasurat sahaja digunakan daripada 80 muka surat.
- Kesan buruk membawa beg yg berat mungkin terhasil selepas tempoh yg lama. Bayangkan beg berat yg terpaksa dibawa turun naik tingkat 3 melalui tangga.
Saya dah lupa apa tindakan penyelesaian yg telah diambil, tetapi rasanya tiada yg konkrit. Business as usual.
Dan begitulah....masalah ini masih belum dapat diatasi lagi rupanya
Kini, anda boleh mengawal mana-mana peranti menggunakan hujung jari anda!
JARI (Just Another Remote Interface) ialah alat kawalan jauh menggunakan teknologi bluetooth. Ia berbentuk seperti sarung jari getah dilengkapi dengan sensor sentuh kapasitif, penerima/pemancar bluetooth dan komponen bateri yang boleh dicas semula. Mengapa ia perlu ? Dicipta dengan kerisauan mengenai isu keselamatan, supaya pemandu boleh memegang stereng kenderaan mereka dan bukannya leka mengendalikan telefon bimbit. Sebenarnya ia boleh digunakan untuk banyak perkara lain bagi menjadikan hidup lebih produktif dan mudah 🙂 Adakah peranti seperti ini sudah berada di pasaran? Selamat berhujung minggu.Tahukah anda yang tumbuhan hijau yg hidup di dalam kawasan yang menggunakan alat penghawa dingin dapat mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 10%?
Mari kita pakat2 bawa pokok hijau yang comel dan sejuk mata memandang ke pejabat!Hari ini saya bertemu dengan seorang usahawan muda di Merlimau, Melaka. Seorang lelaki muda yang sangat rajin, serius tetapi sangat peramah.
Bilakah tarikh Malaysia mula mempunyai kuasa pemerintahan oleh rakyatnya sendiri?
Menurut PEXELS.COM, ini adalah foto saya yang paling popular dengan lebih daripada 15 ribu tontonan - https://www.pexels.com/photo/ornamented-ceiling-and-columns-5822773/
Saya mengambil gambar ini di Masjid Raya Sheikh Zayed, Abu Dhabi menggunakan Samsung Galaxy Note 4. Ia telah diedit menggunakan Snapseed. Anda boleh membandingkan foto sebelum dan selepas. Tetapi ada sesetengah orang yang lebih suka yang asli kerana mereka berkata foto tidak boleh berbohong. Apa pendapat kamu? (Terjemahan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu oleh Google Translate)Alhamdulillah.
I won a contest to design body color for Peugeot 2008 SUV organised by Peugeot Malaysia.
The motif of the design is 'kain pelikat Melayu'. It really looks localised. Unfortunately this exists only on screen and not being materialised on to the SUV production color.
FYI, I owned a Peugeot 408 NA (2012). 😁
7 tanda2 ketagih phone :
1. Bangun tidur tengah malam utk tengok phone 2. Cek phone selang beberapa ketika 3. Tekan refresh berulang2 kali 4. Habiskan masa nak cek status di phone selepas buat hantaran 5. Ada set had masa menatap phone tapi sendiri tak patuh dan tukar 6. Rasa tak boleh nak berpisah daripada phone Dan saya tambah 1 lagi utk orang Islam - cek phone bila bilal dah iqamat atau beberapa saat sebelum takbir utk solat dan sebaik sahaja selepas salam. Juga cek phone sesuatu khatib baca khutbah. Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat2 ini.Saya nak ajak kawan2 utk guna SETEL sambil dapat reward. 😉
Mengapa SETEL? - Isi minyak guna phone je - ada penyata pembelian utk rekod - boleh dapat perlindungan takaful percuma - kumpul mata ganjaran utk beli barang di stesen minyak PETRONAS - diskaun utk barangan jenama PETRONAS spt t-shirt F1 - Boleh juga guna utk caj kereta EV - dan banyak lagi lah....🙂 Gunakan kod ini bila register - 49yfAlhamdulillah. Dapat ucapan daripada anak2 sempena Hari Bapa.
Saya pula sudah tak berkesempatan untuk ucap yg sama kepada bapa saya yang telah pulang ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.