Saturday, May 27, 2023

Tentukan Kiblat Guna Bayang2 Matahari

Ada beberapa cara nak tentukan arah kiblat. Kat video ni saya kongsikan 4 cara. Salah satunya guna bayang2 matahari.

Kaedah yg dinamakan istiwa adzam ini hanya boleh dilakukan 2 kali setahun sahaja - pada tarikh dan waktu tertentu.

Untuk tahun ini ia berlaku pada hari esok iaitu Ahad hari cuti, jadi bolehlah kalau nak buat.

Semoga bermanfaat.

Klik video TikTok -  https://vt.tiktok.com/ZSL8Bu9fK/

Setting Kamera Phone Untuk Gambar Malam

Tukar setting kat camera utk gambar malam light trail. Hasilnya memuaskan! Video ini asalnya utk perkongsian di TikTok - https://vt.tiktok.com/ZSL8Yfjvr/



Sunday, May 21, 2023

Cara melihat tanah lot atas peta satelit

Cara nak tengok lot tanah atas peta satelit dengan menggunakan portal Sistem Maklumat Guna Tanah Perancangan Bersepadu (i-Plan).



Melalui portal ini, pemilik tanah boleh melihat tanah lot mereka atas peta satelit yg disediakan oleh Bing map (Microsoft).

Jadi boleh tengoklah tanah kita tu dekat jalan besar ke, berhampiran sungai ke, segi empat atau banyak bucu dsbnya.

Walaubagaimana pun peta satelit ini dikemaskini ikut suka pihak yg mengeluarkannya. Ada imej yg diambil 5 tahun lepas, ada yang tahun ini. Jadi apa yg kita lihat tak semestinya sama dgn keadaan sebenar.

Ini portalnya : https://iplan.townplan.gov.my/public/geoportal?view=semasa

Saturday, May 20, 2023

Ayahku Seorang Tokoh Pejuang Tanahair Negeri Pahang

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran arwah ayah saya. Beliau lahir pada tahun 1940. 


Gambar ini dikongsikan oleh kenalan beliau dengan tulisan berikut : “Ke empat-empat tokoh pejuang tanahair Negeri Pahang telah kembali kerahmatullah, Terakhir hari semalam Allahyarham tn Hj Sheikh Husin bin Sheikh Jaafar meninggal selepas isyak mengikut balu arwah. Dari kiri : Tn Hj Zainuddin Tmn Sri Semantan. Tn Hj Sheikh Husin Tn Hj Samsuddin ( Ayanda Mantan YB Dato Sri. Sharkar Tn Hj Johar ( Mantan Penghulu Mtkab Abang kpd allahyarham Hashim JP)”.

Saya tahu ayah saya memang pernah mendapat penghargaan atas jasa beliau kepada negara. Tapi malangnya saya kurang arif apakah pingat2 tersebut. Saya akan cuba selidiki. Sesungguhnya beliau memang orang yang hebat. 

Al-fatihah kepada arwah ayahanda ku dan rakan2 pejuang tanahair semuanya.

Saturday, May 13, 2023

Anda penggemar kopi bru ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🤗

Anda penggemar kopi bru ? ☕️😍

Sedang mencari kesempurnaan rasa kopi yang diseduh segar ?🧐

Tapi tak tahu kat mana nak lepak sambil mengopi area Nilai ? 🤔☕️

Jangan risau ! Idea Kafein kan ada 🤩

Ayuh semua singgah ke Idea Kafein yang berada di Bandar Baru Nilai ! ✨ Kami menawarkan kelazatan kopi bru, pelbagai jenis dessert dan pastries serta hidangan utama yang mampu menggembirakan bukan sahaja hati anda semua malahan perut anda juga ! 😉🥰🤗

Berita gembira sempena opening pada hari Sabtu ini (18/03/2023) ✨
Untuk 50 orang terawal sahaja akan mendapat diskaun 10% bagi setiap pembelian satu cawan kopi 🤩🤩🤩

Wow ! Semua pelanggan jangan lepaskan peluang tau ! Siapa cepat dia dapat 😁 kami beroperasi dari pukul 2.00 petang sehingga 10.00 malam 🕙

📍Lokasi Idea Kafein, Nilai
Google maps
https://maps.app.goo.gl/gsVS7LJd9R44k5u19?g_st=ic

Waze
Idea Kafein
https://waze.com/ul/hw282h3hy4

Untuk maklumat lanjut/sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

☎️ Hubungi
Telefon
+60 11 5678 7774

WhatsApp
https://wa.me/601156787774

Jangan lupa temujanji kita pada hari Sabtu ini dan menjadi antara 50 yang terawal untuk dapatkan 10% diskaun bagi setiap pembelian secawan kopi ya ! 😉 Jumpa anda semua di Idea Kafein 🤗🤩

Thursday, April 27, 2023

Amalan terpuji vs amalan dikeji





Tidak menyusahkan orang lain adalah amalan mulia dan terpuji.

Jangan susahkan orang berjalan sambil tolak troli. 

Selamat hari raya maaf zahir batin.

Sunday, April 23, 2023

Naik bot panjang enjin diesel tahun 70an

Pengalaman naik bot panjang enjin diesel tahun 70an di Sungai Pahang. Naik bot bermula di Kampung Bintang hingga ke Pekan Sari Temerloh. Jarak dalam 7 Km. Berapa lama masa diambil saya dah lupa pulak. Sambil tu bawa barangan utk dijual spt pisang, kelapa, sayuran/ulaman dan tak ingat lagi dah. Al fatihah utk arwah Wan.



Pengalaman naik bot panjang enjin diesel tahun 70an di Sungai Pahang. Naik bot bermula di Kampung Bintang hingga ke Pekan Sari Temerloh. Jarak dalam 7 Km. Berapa lama masa diambil saya dah lupa pulak.
Sambil tu bawa barangan utk dijual spt pisang, kelapa, sayuran/ulaman dan tak ingat lagi dah.
Al fatihah utk arwah Wan.

Sunday, March 26, 2023

Architectural


Line pattern for architectural photo

The colored thing is the lift.

Edited using #snapseed

Saturday, March 25, 2023

Stesen MRT Tun Razak Exchange (KG20 / PY23) - Video

Video pendek saya mengenai Stesen MRT Tun Razak Exchange (KG20 / PY23).

Saya mengambil masa lebih kurang 4 minit berjalan kaki dari pintu masuk pintu B stesen ini turun ke Platform 1 & 3. Terdapat 4 eskalator.

Terdapat satu lagi tingkat di bawah iaitu Platform 2 dan 4. Jangan risau, ada lif jika anda tidak boleh berjalan.

Seseorang memberitahu saya bahawa stesen ini kedalamannya lebih kurang 50 meter. Wah!

Ini adalah stesen pertukaran antara laluan MRT Putrajaya dan laluan MRT Kajang.

Laluan Putrajaya mempunyai satu lagi stesen di Persiaran KLCC iaitu kira-kira 130 meter dari pejabat saya, Menara PNB. Hebat!

Saya perhatikan stesen ini mempunyai corak Islamik sebagai hiasan untuk beberapa dinding.

Ramai orang memberitahu saya bahawa stesen MRT Conlay mempunyai reka bentuk yang paling Instagrammable. Mungkin kerana ia berdekatan dengan Kraftangan? Saya pasti akan menyemaknya kemudian.

Bagaimanapun, ia adalah pengalaman yang hebat. Semoga MRT akan menyediakan satu lagi mod pengangkutan yang praktikal untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.


#mrt
#rapidkl
#trx

Saturday, March 11, 2023

Silhouette



I am trying to create a story that the pole provides the light to the jetsky. So this will be the subject of the photo under category silhouette.

I adjust the composition in which originally the sunset becomes the focus or the subject.
Edited using Snapseed. original in the comment.
Appreciate any feedback.

Thanks

Saturday, February 25, 2023

Not very user friendly public transport facility ...

 


Wonder why the bridge to cross platform too far away from station entrance / exit at Seremban KTM?

Sunday, February 19, 2023

From behind tinted window



This photo was shot behind a dark tinted glass window. Edited a little bit using the phone photo app.

Is there any tip how to avoid the impact of the tinted glass which makes photo a little bit darker?
Thanks

Saturday, February 18, 2023

Saturday, February 11, 2023

Tukar sampah jadi duit!




Mesin recycle daripada Klean ini membolehkan kita recycle botol kosong. Masukkan je botol ke dalam mesin tu dan kemudian scan kod. Kena install aplikasi Klean terlebih dahulu.

Setiap botol dapat point. Point ini boleh ditukar kpd macam2 ganjaran.

Mudah sangat kan ? Dari buang je botol tu, lebih baik recycle dan dapat ganjaran. Yang lebih penting, kita turut menyelamatkan dunia dengan menjadi lebih peka kpd alam sekitar.

Setakat ini ada lebih 33 mesin Klean di sekitar Kuala Lumpur. Harap2 akan ada lebih banyak dan bertambahlah ganjaran yg boleh ditawarkan.

Tukar sampah jadi duit!

Sunday, January 29, 2023

Flower in the dark

 

iPhone 13 Pro
Portrait mode
edited

Sunday, January 22, 2023

Better Edit or Not

 Asking for opinion - which is better? To adjust the perspective or not ?





* I used Snapseed to adjust it.

Thanks

LEGO MOC

Keluarga bahagia LEGO

Happy weekend my LEGO friends!

Saturday, January 21, 2023

Shutterstock rejected my photo

My photo here was rejected by Shutterstock - both the original and edited version - https://www.facebook.com/groups/iPhotoAcademy/permalink/3452383055031806/?mibextid=W9rl1R



I guess iPhone camera not good enough like DSLR 😬

Appreciate for any comment. Thanks

Sunday, January 15, 2023

Long Exposure Effect

This video is to show how the long exposure effect on live photo can change the mood. As can be seen here, IMHO the view gives me more calmness feeling or serenity when the long exposure effect was applied. Any comment?