Tuesday, October 27, 2020

Visi Drone Pembantu Peribadi

Bagaimana ia berfungsi: 
Drone kecil diletakkan di atas kenderaan anda dan akan terbang hanya apabila diperlukan. Setelah menyelesaikan misi, akan kembali ke tempat asalnya.
Bila mendarat akan dicas semula secara automatik. 

Ciri-ciri: 

Mod Pemeriksaan 

- periksa keadaan luaran kenderaan (lampu nyala, tayar botak, angin tayar, cat, kemek dll) 
- periksa status kenderaan selepas kemalangan
- periksa kebersihan luaran  kenderaan 

Mod  Perisikan  / Pengesanan

- siasat apa yang berlaku di hadapan (kemalangan, penutupan lorong, objek berbahaya 
-  tengok serpihan, halangan jalan, banjir lubang dll
- kenderaan yang mendatang
- sekatan jalan raya, 
- kenderaan statik/slow sangat
- apakah laluan terbaik (lorong mana yang lebih cepat, lorong keluar mana yg sesuai )
- pemberitahuan sudah sampai ke destinasi (pintu gerbang / pintu garaj dibuka, ada yang sudah menunggu) 

Mod Kecemasan / Bantuan

- sebagai penguat isyarat (WiFi, mobile 3G / 4G) 
- paparkan/tunjukkan isyarat bahaya di udara
- bawa tiub oksigen jika kereta tenggelam dalam air
- sambungkan ke punca elektrik / pam bahan api melalui paip fleksibel
- dapatkan bantuan dengan pembesar suara melalui udara 

Mod Tugasan Khas 

- penunjuk tempat sebagai mercu tanda 
- memasang iklan bunting
- mainkan muzik ke sekitarnya 
- sebagai sistem siaraya sementara 
- sebagai lampu sorot untuk kawasan sekitar 
- periksa bila lampu isyarat berwarna hijau 
- Artificial Intelligence untuk mengkaji corak perubahan lampu isyarat
- periksa slot tempat letak kereta kosong  (tidak perlu pusing2) 
- periksa kualiti udara luaran (selamat utk keluar?) 
- beritahu pemandu lain melalui paparan hologram (jangan memandu jika mengantuk, bergerak lebih cepat lah, terima kasih kerana memberi saya jalan dll) 
- menghantar / mengutip bungkusan kecil 
- Selfie kenderaan ha ha ha
- Tangkap bukti visual kemalangan
- periksa perangkap kelajuan tersembunyi ..oops
- ambil gambar panorama sekeliling
- panduan perjalanan (ikuti saya/follow me) 
- ambil gambar / cari / kesan pemandu langgar lari 
- tunjuk arah kiblat 
- sebagai kompas udara

Angan2? Sudah ada drone macam ini ? Tak logik? Apa komen anda?

 +++++++++++++++++++