Thursday, June 30, 2005

AMD buat aduan terhadap Intel

Kebanyakan kita, pengguna komputer hanya kenal Intel sahaja. Ini kerana Intel sangat popular berbanding AMD sebagai processor. Kita kenal Pentium tapi kita tak kenal Athlon. Apatah lagi Cyrix. Intel menguasai pasaran processor chip untuk komputer. Adakah produk Intel ini sangat bagus ? Jika anda rajin mencari maklumat mengenai perkara ini di Internet, anda akan dapati AMD adalah tak kurang hebatnya. (Sila lihat analisa AMD - AthlonXP 2100 lawan Intel - P4 2.4 GHz di http://www.hardcoreware.net/reviews/review-83-1.htm ). Oleh itu, mengapa pilih Intel ? Jika ditanya kepada saingan Intel iaitu AMD, jawapannya ialah Intel main kotor. Intel menggunakan pelbagai helah untuk memonopoli pasaran.
Berikut ialah aduan AMD kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat berkaitan strategi tidak adil Intel untuk menjatuhkan saingannya.

http://www.amd.com/us-en/Weblets/0,,7832_12670_12684,00.html?redir=CORBF02

Antara intipati aduan tersebut ialah:
- memaksa pelanggan utama untuk menerima tawaran eksklusif
- menahan rebat dan subsidi pemasaran sebagai hukuman kepada pengguna yang membeli lebih processor dari AMD
- memberi amaran tindakan balas kepada pelanggan yang membuat urusan perniagaan dengan AMD
- memaksa pembuat PC untuk memboikot pelancaran produk AMD

Pada pendapat saya, pertandingan yang sihat adalah baik utk pengguna. Ini kerana pengguna akan sentiasa mendapat produk yang terbaik dan mempunyai pilihan yang lebih banyak. Misalnya di Malaysia, apabila syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan Digi bersaing untuk mendapatkan pelanggan, kadar harga semakin murah dan menguntungkan pengguna. Tetapi jika tiada persaingan seperti ini contohnya Telekom yang tiada saingan kuat, pengguna terpaksa menerima apa saja yang ditawarkan oleh mereka.

Kalau AMD berjaya mendapat perhatian dari usaha mereka ini, saya pasti pada masa akan datang pengguna akan mendapat lebih banyak manfaat. Harga processor akan lebih murah tetapi prestasi akan meningkat tinggi.

Wednesday, June 29, 2005


PC lawan Mac



Kalau ditanya mereka yang banyak terlibat dalam bidang rekabentuk grafik berkomputer ( dulu2, lebih dikenali dengan istilah Inggerisnya - desktop publishing ), Mac adalah satu-satunya pilihan untuk mereka. PC tidak boleh menandingi Mac bagi kerja-kerja sebegitu.

Betulkah apa yang Mac boleh buat , tidak boleh dibuat oleh PC ? Dari segi logik teknikalnya, saya berpendapat itu tidak benar. Ini kerana kedua-duanya adalah mesin ciptaan manusia. Dan tentulah masing-masing mempunyai pakar2 dan teknologi yang sentiasa boleh dipermajukan.

Tetapi setelah melakukan sedikit penyelidikan di internet, saya rasa pendapat saya ini mungkin salah. Di bawah adalah forum-forum yang saya ajukan persoalan di atas. Ikutilah perbincangannya.

http://atomic.itsamac.com/~MMUG/forum/viewtopic.php?p=20867
http://forums.ittutor.net/index.php?showtopic=27238
http://www.sifoo.com/forum/viewtopic.php?t=11997
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=169917

Dan berikut pula ialah artikel tentang kebaikan menukar ke Mac:
http://www.apple.com/switch/

Semoga bermanfaat!

Tuesday, June 28, 2005

Satu hari satu ayat Al Quran melalui email

Setiap hari kita dapat email. Biasanya kita akan baca email yang kita dapat. Paling tidak pun kita akan tengok tajuknya dulu sebelum di delete. Tetapi yang pasti tiada email yang akan terlepas dari mata kita. Alangkah baiknya kalaulah kita ada masa untuk baca ayat Al Quran sebagaimana kita boleh baca email.

Berpunca dari inilah, saya membangunkan satu utiliti yang membolehkan sesiapa yang ada email untuk menerima ayat Al Quran melalui email mereka. Utiliti tersebut ada di http://www.mukmin.info/ . Cubalah!

Ini adalah contoh email tersebut:

Semoga bermanfaat.

Sunday, June 26, 2005

Cukup setahun...

Selama 1 tahun blog ini tak diupdate.
Bukan tiada apa nak diblogkan, cuma ianya tak termasuk di dalam priority list.
Tapi, hari ini terperasan ada orang letak link ke Blog ini. Jadi, tak eloklah kalau saya tak buat apa-apa.

Kalau ada kesempatan, saya akan updatekan blog ini.
BTW, sesiapa yang nak Gmail, sila beritahu saya.